Penunggang RXZ maut rempuh belakang SUV

Oleh – Syeikh Baran


Penunggang RXZ maut rempuh belakang SUV
Motosikal mangsa yang mengalami kerosakan selepas merempuh belakang kereta utiliti sukan (SUV) di Kilometer 13.1 Lebuh Raya Guthrie, Sungai Buloh, semalam.

Seorang penunggang motosikal jenis Yamaha RXZ maut selepas merempuh belakang sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di Kilometer 13.1 Lebuh Raya Guthrie, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya dimaklumkan kejadian itu selepas menerima panggilan pada pukul 2.48 pagi.



Menurutnya, kejadian berlaku semasa mangsa iaitu lelaki berusia 18 tahun dalam perjalanan dari Rawang menghala ke Shah Alam.

“Mangsa telah melanggar belakang sebuah SUV jenis Toyota Harrier yang dipandu lelaki berusia 71 tahun.

“Mangsa yang parah disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayat dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, satu laporan polis telah diterima pihak polis daripada pemandu SUV terbabit pada pukul 12.10 tengah malam tadi, di Balai Trafik Sungai Buloh.



Tambahnya, polis meminta kerjasama saksi kejadian untuk tampil menghubungi Inspektor Hasanal Hasif Johari di talian 019-2264650 bagi membantu siasatan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button