Raducanu gagal teruskan kemaraan
Raducanu gagal teruskan kemaraan
LONDON – Prestasi cemerlang Emma Raducanu di pentas Wimbledon tidak bertahan lama apabila bekas juara Grand Slam Terbuka Amerika Syarikat itu ditunjukkan jalan keluar seawal pusingan keempat semalam.
Pemain tenis Great Britain itu terpaksa akur dengan kehebatan lawannya dari New Zealand, Lulu Sun apabila tewas 2-6, 7-5, 2-6.
Dalam aksi itu, Lulu Sun, 23, dilihat langsung tidak beraksi di Centre Court menentang Raducanu apabila memulakan perlawanan dengan hebat dan berjaya mendahului set pembukaan dengan keputusan meyakinkan 6-
Bagaimanapun, Raducanu angkit pada set kedua dengan memenanginya 7-5 selepas berjaya mematahkan servis pada saat-saat akhir sekali gus meningkatkan harapannya untuk memenangi perlawanan di set terakhir.
Sebaliknya berlaku apabila Lulu Sun kekal tenang dan berjaya mematahkan servis Raducanu dalam set ketiga sebelum mengukuhkan kedudukannya untuk memenangi pusingan keempat itu dengan keputusan mudah 6-2.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Noh Omar Terpaksa Tunggang Nama Najib Untuk Di Lihat Masih Relevan
- Guna King Councel – Ñajib tidak boleh tapi Muhyiddin boleh pula.
- Wabak Salah Najib Bermula Lagi
Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?
“Saya tiada kata-kata untuk menggambarkan perasaan ini. Saya seperti tidak percaya kerana saya dapat menampilkan satu perlawanan yang hebat dengan Raducanu,” kata Lulu Sun.
Di suku akhir nanti, Lulu Sun akan berdepan pemain berusia 28 tahun dari Croatia, Donna Vekic dalam usahanya untuk mencipta kemaraan jauh di pentas Wimbledon kali ini. – AGENSI
Raducanu gagal teruskan kemaraan
DISYORKAN UNTUK ANDA :
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :