Selagi Hj Hadi Presiden, UMNO berada dalam bahaya jika kerjasama dengan PAS.

Oleh Adam Malik

Selagi Hj Hadi Presiden, UMNO berada dalam bahaya jika kerjasama dengan PAS.

Perkara bukan belum pernah terjadi, bahkan sudah beberapa kali terjadi dimana Presiden PAS Haji Hadi akan menyatakan persetujuan dipertemuan empat mata , namun selamba sahaja menukar pendirian kemudian nya.



Demikian pengalaman Presiden UMNO berurusan dengan Haji Hadi Awang.

Hatta, atas sebab ini, UMNO sudah serik dan tidak akan berunding lagi untuk kerjasama dengan Parti PAS selagi Hj Hadi masih Presiden PAS.

Datuk Ahmad Zahid pernah memberi kenyataan “UMNO tidak mahu dipatuk oleh ular yang sama dilubang yang sama” beberapa tahun yang lalu.



Rentetan kisah lalu dimana Sebaik sahaja UMNO dan PAS jalin kerjasama didalam Muafakat Melayu Islam, kedua dua parti perolehi kejayaan besar dimana gandingan ini telah berjaya menang setiap PRK dimana sahaja ia diadakan.

Selain itu gandingan dua parti Melayu Islam ini juga berjaya membawa jutaan umat Islam turun kejalanraya pada himpunan protes ICERD.

Orang Melayu Islam begitu bersemangat menyambut gandingan dua parti besar Melayu Islam.

Namun, kejayaan ini membuat Tun Mahathir yang terkenal dengan sikap anti Melayu dan suka merendahkan orang Melayu mula rasa resah dan iri hati.



Mengetahui intelektual Hj Hadi begitu rendah , Tun Mahathir telah membuat skim untuk menghancur atau memecahkan perpaduan Melayu Islam melalui Hj Hadi.

Mahathir telah perguna parti Bersatu dan Muhyiddin Yassin untuk berunding dengan Hj Hadi dan PAS untuk memecahkan gandingan ini.

Seperti tidak beradab rundingan yang sepatuthya dibuat dengan kehadiran pemimpin umno juga tapi hanya PAS sahaja yang dirunding.

Itu lah pengkhianatan orang berserban mengaku terlebih Islamik yang tidak reti adab berkawan.



Tambah lagi Tun Mahathir tahu kelemahan Hadi dan mudah mengumpan sesuatu kepada nya dan dua lagi pemimpin PAS.

Semenjak hal itu Hadi menjadi jurucakap pihak Bersatu dan Mahathir dan UMNO pula jadi “outsiders”.

Maka amat benar lah kata DAZH apabila melabelkan Hadi sebagai tidak boleh dipercayai.

Malah Hadi pergi lebih jauh membaca skrip Mahathir ia itu Zahid perlu berundur untuk menjayakan penyatuan Melayu.



Ini kerana konon nya Zahid penyebab dan penghalang umno bersama didalam Muafakat.

Tambah lagi DAZH ada kes yang dureka cipta oleh Mahathir kerana enggan bubar umno dan bawa ahli umno kepada parti Bersatu yang dicipta oleh Mahathir.

Kini apabila Zahid memberi syarat sebarang rundingan kerjasama dengan PAS mesti pastikan Hj Hadi sudah bukan Presiden lagi kerana Hj Hadi tidak boleh dipercayai ia amat munasabah.

Tambah lagi Hadi sekadar makmum dan orang suruhan Mahathir dan Muhyiddin sahaja didalam Perikatan Nasional.



Hadi pernah menipu umat Islam Terengganu satu waktu dulu dengan janji melaksanakan Hudud sebelum ayam sempat berkokok jika PAS tawan negeri sambil mengkafirkan orang umno, namun sebaik sahaja menang telah menyatakan “Hudud bukan keutamaan”.

Maka elok sangat umno jauhkan diri dari PAS kerana ambil risiko dan membahayakan umno jika berurusan dengan PAS jika Hj Hadi masih Presiden PAS.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button