Tekanan kewangan jejas prestasi kerja

Tekanan kewangan jejas prestasi kerja

Tekanan kewangan jejas prestasi kerja
26 peratus pekerja dewasa di Malaysia alami tekanan kewangan pelbagai tahap.

Kuala Lumpur: Sebanyak 26 peratus daripada pekerja dewasa di Malaysia mengalami tekanan kewangan pada pelbagai tahap dan 65 peratus di antara mereka mengatakan bahawa tekanan kewangan mempengaruhi prestasi kerja.

Ketua Pegawai Eksekutif Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK), Azaddin Ngah Tasir berkata, penyelidikan AKPK mendapati bahawa kesejahteraan kewangan dan mental saling berkaitan.

“Merujuk kepada laporan yang dihasilkan oleh Financial Education Well-being Research Centre (FEWRC) AKPK sendiri yang bertajuk From Nine to Five: Navigating Employees’ Financial Well-Being at the Workplace, sebanyak 26 peratus pekerja dewasa di negara ini mengalami tekanan kewangan pada pelbagai tahap.



“Manakala, 65 peratus di antara mereka mengatakan bahawa tekanan kewangan telah mempengaruhi prestasi kerja mereka.

“Bayangkan potensi peningkatan produktiviti sekiranya kita dapat mengurangkan jurang 26 peratus itu kepada peratusan yang lebih rendah,” katanya dalam kenyataan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Era PN Selesai Masalah Dengan Guna Hasil Negara Atau Buat Masalah Dengan Jarah Hasil Negara?




Menurutnya, secara purata, berdasarkan laporan FEWRC, 70 peratus pekerja dewasa Malaysia berada pada tahap kesejahteraan kewangan terendah adalah pekerja berprestasi rendah.

Beliau berkata, sebanyak 78 peratus daripada mereka yang mempunyai kesejahteraan kewangan tertinggi melebihi jangkaan produktiviti yang diharapkan.

“Angka ini menyorot peranan penting pendidikan kewangan dalam meningkatkan tahap produktiviti tempat kerja.

“Apabila kesejahteraan kewangan seseorang meningkat, ia turut meningkatkan kesetiaan pekerja, mewujudkan tenaga kerja yang lebih stabil dan komited,” katanya.



Selain itu, Azaddin berkata, hasil kajian AKPK menunjukkan bahawa 91 peratus daripada pekerja dewasa Malaysia yang memiliki kesejahteraan kewangan tinggi lebih setia kepada syarikat mereka, manakala 89 peratus daripada mereka yang menghadapi kesejahteraan kewangan yang rendah aktif mencari peluang pekerjaan baru.

“Wang tidak dapat membeli kesetiaan, tetapi kesejahteraan kewangan mampu melakukannya kerana kedua-duanya saling berkait rapat.

“Dengan kesejahteraan kewangan, kami menggariskan kepada pengetahuan dan kemahiran dalam menguruskan sumber yang ada seperti wang dan pembiayaan untuk kebaikan diri,” katanya.

Tekanan kewangan jejas prestasi kerja

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Apakah Anwar Akan Terkena Badi Rishi Sunak?



 

Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button