Akaun TikTok palsu guna nama Raja Muda Selangor disiasat

Oleh – Syeikh Baran


Akaun TikTok palsu guna nama Raja Muda Selangor disiasat
Gambar Hiasan

Polis Selangor membuka kertas siasatan berhubung aplikasi akaun TikTok palsu yang menggunakan gambar profil dan nama Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, pihaknya telah menerima laporan polis daripada pejabat Istana Selangor semalam kerana didapati akaun TikTok tersebut bukan milik Tengku Amir Shah dan disahkan palsu.



“Justeru, mana-mana individu dinasihatkan supaya tidak sewenang-wenangnya membuat mana-mana akaun media sosial yang melibatkan institusi diraja.

“Ini bagi mengelakkan mana-mana individu yang tidak bertanggungjawab dari menyalahgunakan gambar dan video peribadi kerabat diraja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Hussein menegaskan, siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Mana-mana individu yang mempunyai maklumat boleh menghubungi pegawai penyiasat, Asisten Superintendan Md. Anuar Md. Amilah@Harun di talian 019-2255597.



Sumber – KOSMO!ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button