Desak ‘hukum’ Jennie Blackpink kerana hisap vape
Desak ‘hukum’ Jennie Blackpink kerana hisap vape
Seoul: Video menunjukkan bintang K-pop, Jennie Blackpink menghisap vape di dalam bangunan mencetuskan perdebatan dalam talian, dengan Kementerian Luar Korea Selatan hari ini memaklumkan AFP bahawa pihaknya sudah menerima aduan rasmi.
Video itu dimuat naik sebagai sebahagian daripada blog di YouTube untuk peminat Jennie dan sudah dipadamkan, namun salinannya tersebar di Internet.
Menerusi rakaman berkenaan, Jennie kelihatan menghembuskan asap vape dalam ruangan yang mana terdapat pendandan rambut dan jurusolek sedang bekerja untuk menyiapkan dirinya.
Menghisap rokok mahupun vape di dalam bangunan adalah salah di sisi undang-undang Korea Selatan dan disebabkan itu topik mengenai ‘merokok dalam bangunan’ dan Blackpink Jennie’ menjadi bualan hangat di aplikasi X.
Sementara Korea Times melaporkan seorang warganet mendakwa insiden itu mungkin berlaku di Capri, Itali iaitu lokasi Jennie menjalani penggambaran.
Dia mendesak Kedutaan Korea Selatan di Itali dan Kementerian Luar supaya menyiasat perkara itu, bahkan meminta “Seoul memohon untuk menyiasat insiden merokok Jennie daripada pihak berkuasa Itali dan mengambil tindakan tegas”.
Dalam pada itu, Kementerian Luar Korea Selatan mengesahkan pihaknya menerima petisyen berkaitan insiden berkenaan.
Blackpink antara artis berkumpulan K-pop paling berjaya dengan lagunya kerap menduduki carta teratas tempatan dan antarabangsa, selain tersenarai dalam carta US Billboard 200.
“Menyiarkan video sebegitu di saluran SNS sendiri menimbulkan persoalan tahap logik akal Jennie.. Ia sangatlah mengecewakan,” kata seorang pengulas di portal Korea Selatan Naver.
Korea Selatan dilapor menghadapi kadar merokok dalam kalangan penduduk yang tinggi, namun data rasmi setakat 2022 merekodkan hanya lima peratus wanita Korea Selatan yang merokok berbanding 30 peratus lelaki.
Desak ‘hukum’ Jennie Blackpink kerana hisap vape
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelajar Tingkatan 6 Bakal Terima Elaun Sara Hidup
- Hidup Rakyat Susah, Tak Ada Masa Nak Dengar Retorik Politik
- Selagi Hj Hadi Presiden, UMNO berada dalam bahaya jika kerjasama dengan PAS.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jangan Biarkan PRK Sungai Bakap Menjadi PRK Tanjung Piai 2.0?