Dewan Rakyat: Isu BlackRock bikin kecoh
Oleh – Syeikh Baran
Persidangan Dewan Rakyat hari ini kecoh apabila seorang Ahli Parlimen membangkitkan semula isu BlackRock dan pegangan kepentingan dalam Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB).
Datuk Awang Hashim (PN-Pendang) ketika membahaskan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2/2024 mendakwa Global Infrastructure Partners (GIP) milik 100 peratus BlackRocks.
Dakwaan itu bagaimanapun mendapat bantahan keras Lee Chuan How (PH-Ipoh Timur) yang menyifatkan ia sebagai palsu dan mendesak Awang menarik balik tuduhan tersebut.
Awang bagaimanapun enggan menarik balik kenyataannya menyebabkan keadaan bertambah kecoh apabila beberapa Ahli Parlimen lain turut masuk campur.
Kekecohan itu namun reda selepas Timbalan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Alice Lau meminta Awang supaya meneruskan perbahasan.
Sumber – KOSMO! ONLINE