Dua beranak maut nahas dua buah kenderaan

Oleh – Syeikh Baran


Dua beranak maut nahas dua buah kenderaan
Keadaan kenderaan yang terbabit dalam nahas mengorbankan dua beranak di Jalan Air Baning, Lakai, di sini, petang tadi.- IHSAN POLIS

Dua beranak maut dalam perjalanan pulang ke rumah apabila kenderaan yang dinaiki mereka terbabit dalam nahas di Jalan Air Baning, Lakai, di sini, petang tadi.

Ketua Polis daerah Jelebu, Deputi Superintendan Maslan Udin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 2.05 petang itu, kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Kelisa dengan kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux.



Menurutnya, berdasarkan siasatan awal, kejadian berlaku semasa kereta yang dinaiki tiga beranak berkenaan dalam perjalanan dari arah Simpang Pertang menghala ke arah Manchis untuk pulang ke rumah di Durian Tipus

“Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta Perodua Kelisa telah hilang kawalan dan masuk ke laluan sah Toyota Hilux yang datang dari arah bertentangan lalu melanggar di bahagian hadapan.

“Akibat perlanggaran tersebut, pemandu iaitu si bapa berusia 74 tahun yang bekerja sebagai penoreh getah dan anak perempuannya berusia 46 tahun yang merupakan penumpang hadapan disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik di lokasi kejadian kerana mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

“Penumpang belakang iaitu si ibu berusia 70 tahun mengalami kecederaan parah dipercayai kecederaan dalaman di bahagian paru-paru dan perut,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.



 

Menurutnya, mayat kedua beranak yang dihantar ke Hospital Jelebu akan dibedah siasat pukul 9 pagi esok dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button