Euro 2024: Sepanyol melangkah ke pentas final

Euro 2024: Sepanyol melangkah ke pentas final

Euro 2024: Sepanyol melangkah ke pentas final
Pemain Sepanyol meraikan kemenangan mereka selepas berjaya mengatasi Perancis 2-1 pada aksi separuh akhir Euro 2024.

MUNICH – Sepanyol memastikan tiket ke pentas final Euro 2024 menjadi milik mereka selepas bangkit mengatasi Perancis 2-1 pada aksi separuh akhir Euro 2024 di Allianz Arena sebentar tadi.

Kemenangan itu menyaksikan skuad La Roja memadam kekecewaan edisi 2020 apabila mereka tumpas di peringkat separuh akhir kepada pasukan juara, Itali menerusi penentuan sepakan penalti 2-4.

Pada perlawanan tersebut, Sepanyol sedikit cemas apabila Perancis terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Randal Kolo Muani selapas mudah menanduk masuk hantaran cantik Kylian Mbappe seawal minit kelapan.



Tersentak dengan keadaan itu, Sepanyol tampil dengan permainan lebih tersusun sebelum berjaya memecah kebuntuan apabila pemain berusia 16 tahun, Lamine Yamal berjaya meledak gol penyamaan pada minit ke-20.

Euro 2024: Sepanyol melangkah ke pentas final
Penyerang Sepanyol, Lamine Yamal meraikan gol penyamaan pada aksi separuh akhir Euro 2024 ketika berdepan Perancis. -AFP
Yamal yang melakukan rembatan di luar kotak penalti pada jarak 25 meter sekali gus menjadi penjaring termuda 16 tahun menjaringkan gol di pentas separuh akhir.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Anwar Akan Terkena Badi Rishi Sunak?




Sepanyol yang dibimbingi Luis De La Fuente terus agresif meneruskan serangan dan merobek gawang Perancis empat minit kemudian apabila rembatan deras Dani Olmo menuju tepat ke arah pintu gol biarpun pertahanan Perancis, Jules Kounde cuba menghalang cubaan tersebut.

Bersambung babak kedua, Perancis dilihat mengatur strategi lebih ampuh dengan melakukan asakan bertubi-tubi ke arah pintu gol Sepanyol terutama menerusi percubaan bintang utamanya, Mbappe dan juga Ousmane Dembele namun berjaya dibaca kemas penjaga gol La Roja, Unai Simon.

Euro 2024: Sepanyol melangkah ke pentas final
Penyerang Perancis, Kylian Mbappe dilihat bergelut untuk melepasi pertahanan Sepanyol. -AFP

Ketika Perancis terdesak mencari gol penyamaan, Yamal hampir meledak gol kedua peribadinya, namun percubaan di luar petak penalti pada minit ke-81 itu sedikit tersasar melepasi palang gol.



Mbappe mempunyai peluang keemasan untuk meledak gol penyamaan pada penghujung perlawanan namun percubaannya tersasar dan keputusan 2-1 kekal menjadi milik Sepanyol untuk ke pentas final Euro 2024.

Hasil kemenangan tersebut, Sepanyol akan menentang Belanda atau England di pentas final pada 15 Julai nanti. -KOSMO! ONLINE

Euro 2024: Sepanyol melangkah ke pentas final

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Jangan Biarkan PRK Sungai Bakap Menjadi PRK Tanjung Piai 2.0?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button