Lelaki Pakistan bini dua buat bisnes haram bekal pekerja asing

Oleh – Syeikh Baran

 


 



Lelaki Pakistan bini dua buat bisnes haram bekal pekerja asing
SEORANG lelaki Pakistan (duduk) ditahan selepas disyaki menjadi dalang bekal pekerja asing bekerja tanpa kebenaran.

Seorang lelaki warga Pakistan mengambil kesempatan atas perkahwinan dengan dua wanita warga tempatan untuk menjalankan perniagaan haram membawa, membekal serta menggajikan warga asing sekitar daerah ini.

Kegiatan licik lelaki berusia 28 tahun sejak enam bulan lalu itu bagaimanapun tersungkur selepas dia ditahan bersama dua lagi lelaki warga Pakistan.

Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) Johor, Datuk Mohd Rusdi Mohd Darus berkata, kejayaan itu hasil serbuan pihaknya menerusi Ops Sapu yang dijalankan di sebuah pejabat di Permas Jaya di sini, Jumaat lalu.

“Suspek utama berusia 28 tahun mendakwa mempunyai dua orang isteri warganegara Malaysia.



“Siasatan awal mendapati syarikat telah didaftarkan atas nama seorang wanita tempatan yang dipercayai merupakan isteri kedua suspek. Syarikat tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh suspek utama,” katanya kepada pemberita hari ini.

Menurutnya, dua lelaki warganegara Pakistan yang ditahan mengaku telah membayar sejumlah RM7,000 untuk memperolehi Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).

“Hasil soal siasat mendapati salah seorang daripada warga Pakistan itu mengaku suspek utama berusia 28 tahun adalah majikannya,” katanya.

Menurutnya, sindiket dipercayai membawa, membekalkan dan menggaji pekerja asing secara tidak teratur dan tanpa kebenaran yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja (tanpa Lesen C).



Jelasnya, semasa penggeledahan dilakukan beberapa paspot dan pas lawatan kerja sementara turut ditemui.

Sumber -KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button