Mayat pendaki AS terdedah selepas 22 tahun
Mayat pendaki AS terdedah selepas 22 tahun
Lima: Selepas 22 tahun hilang, akhirnya mayat pendaki warga Amerika Syarikat (AS), William Stampfl ‘timbul’ di puncak gunung Peru.
Menurut polis semalam, Stampfl berusia 59 tahun apabila dilapor hilang pada Jun 2002 selepas berlaku runtuhan salji di gunung Huascaran yang berketinggian 6,700 meter.
Polis Peru berkata, mayat pendaki itu akhirnya terdedah disebabkan perubahan iklim dan ais mencair di banjaran Cordillera Blanca di Andes.
Berdasarkan imej dikongsi polis, mayat Stampfl yang masih dalam pakaian, harness dan kasut but terpelihara dengan baik disebabkan suhu sejuk.
Turut ditemui bersama adalah pasport Stampfl yang membolehkan polis mengenal pasti identitinya.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Anwar Akan Terkena Badi Rishi Sunak?
Pergunungan di timur laut Peru, menempatkan puncak bersalji seperti Huascaran dan Cashan sering menjadi kegemaran pendaki dari seluruh dunia.
Pada Mei lalu, mayat seorang pendaki warga Israel ditemui di sana, hampir sebulan selepas dilapor hilang.
Bulan lalu pula, seorang pendaki gunung berpengalaman warga Itali ditemukan meninggal dunia selepas terjatuh ketika cuba menawan satu lagi puncak Andes.
Mayat pendaki AS terdedah selepas 22 tahun
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelajar Tingkatan 6 Bakal Terima Elaun Sara Hidup
- Hidup Rakyat Susah, Tak Ada Masa Nak Dengar Retorik Politik
- Selagi Hj Hadi Presiden, UMNO berada dalam bahaya jika kerjasama dengan PAS.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jangan Biarkan PRK Sungai Bakap Menjadi PRK Tanjung Piai 2.0?