Padah tiru aksi Iron Man
Padah tiru aksi Iron Man
Beijing: Seorang lelaki di China cuba meniru watak adiwira Iron Man dengan mengeluarkan serpihan logam yang tertanam di pahanya menggunakan magnet.
Tindakannya meraih perhatian warganet yang terhibur dengan aksi tidak masuk akal itu, selepas didedahkan 23 Jun lalu, susulan insiden letupan industri di Wuhan, Wilayah Hubei di tengah China.
Menurut South China Morning Post (SCMP), lelaki dikenali Jiang itu terkena sisa logam daripada letupan terbabit yang menyebabkan luka di beberapa tempat di sekitar pahanya dan menyakitkan.
Apa yang mengejutkan adalah Jiang tidak terus ke hospital sebaliknya, meniru kaedah dalam babak filem Iron Man yang mana Tony Stark menggunakan ‘electromagnet’ untuk mengeluarkan serpihan.
Jiang menggunakan magnet yang kuat untuk mengeluarkan sisa logam itu, yang jelas satu cubaan gagal bahkan menyebabkan kesakitan yang lebih teruk hingga terpaksa mendapatkan rawatan kecemasan di Hospital Wuhan Puren.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Anwar Akan Terkena Badi Rishi Sunak?
Pasukan perubatan berjaya mengeluarkan empat serpihan logam dan merawat kerosakan otot, ligamen dan saraf yang dihadapinya.
Pengarah jabatan pembedahan mikro, tangan dan kaki hospital itu, Peng Hanshu memberi amaran kepada orang ramai agar tidak meniru aksi Jiang.
Katanya, menggunakan magnet untuk mengeluarkan sisa besi bukan hanya tidak membawa sebarang hasil, sebaliknya menyebabkan lebih banyak kecederaan lain.
Padah tiru aksi Iron Man
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelajar Tingkatan 6 Bakal Terima Elaun Sara Hidup
- Hidup Rakyat Susah, Tak Ada Masa Nak Dengar Retorik Politik
- Selagi Hj Hadi Presiden, UMNO berada dalam bahaya jika kerjasama dengan PAS.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jangan Biarkan PRK Sungai Bakap Menjadi PRK Tanjung Piai 2.0?