Pelajar Tingkatan 6 Bakal Terima Elaun Sara Hidup

Pelajar Tingkatan 6 Bakal Terima Elaun Sara Hidup
Gambar Hiasan

Pelajar Tingkatan 6 Bakal Terima Elaun Sara Hidup

 

Kementerian Pendidikan mempertimbangkan untuk menyediakan elaun kos sara hidup pelajar Tingkatan Enam.

Ia adalah sebagai sebahagian daripada usaha untuk menarik lebih ramai pelajar menyertai program itu.

Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh, berkata cadangan itu adalah sebahagian daripada inisiatif kementerian.



Cadangan inisiatif lain termasuk elaun untuk penolong kanan Tingkatan Enam dan bantuan geran per kapita lebih tinggi bagi mata pelajaran STPM.

“Inisiatif ini bertujuan menarik minat pelajar mengambil STPM dan juga meningkatkan motivasi pendidik Tingkatan 6.”

“Cadangan itu masih di peringkat awal.”

“Kerana ia dicadangkan di bawah pelan Pelan Hala Tuju Pendidikan Tingkatan Enam 2024-2030, yang dilancarkan pada Mei,” jelas Wong Kah Woh di Dewan Rakyat.



Usaha memartabatkan mutu pembelajaran Tingkatan 6 mesti dilakukan secara berterusan oleh pihak Kementerian Pendidikan.

Masih ramai lagi pelajar dan ibubapa yang menganggap menyambung pelajaran ke Tingkatan 6 selepas SPM adalah ibarat menghantar anak mereka ke institusi kelas 2.

Mungkin pihak Kementerian Pendidikan boleh menggunakan kaedah yang sama dalam memartabatkan institusi vokeysional di peringkat menengah atas.

Dua puloh tahun dahulu, tidak ada pelajar atau ibubapa yang mahu menghantar anak mereka ke Sekolah Menengah Vokeysional.



Mereka beranggapan, Sekolah Vokeysional adalah tempat untuk pelajar yang tidak cemerlang menyambung pelajaran.

Atau dalam artikata lain, ia adalah pilihan terakhir untuk menyambung pelajaran selepas peperiksaan SRP yang kemudiannya ditukar menjadi PT 3.

Tetapi kini, ramai pelajar cemerlang yang mahu menempatkan diri mereka ke Kolej Vokeysional selepas kolej tersebut dinaik taraf oleh Kementerian Pendidikan.

 



Pelajar Tingkatan 6 Bakal Terima Elaun Sara Hidup

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button