PFAM saran segera tangani isu gaji Liga M

PFAM saran segera tangani isu gaji Liga M

PFAM saran segera tangani isu gaji Liga M
JOSUE mendedahkan sudah tujuh bulan tidak menerima gaji daripada majikannya sejak kali terakhir dibayar pada Disember lepas. – KUALA LUMPUR CITY

PRESIDEN Persatuan Pemain-Pemain Profesional Malaysia (PFAM), Safee Sali menyeru semua pihak yang berkaitan untuk tampil lebih proaktif menangani kes ‘sangkut gaji’ dalam kalangan pemain Liga Malaysia (Liga M) ketika ini.

Arena bola sepak tempatan kecoh apabila kapten Kuala Lumpur City FC (KL City) yang juga tonggak naturalisasi Harimau Malaya, Paulo Josue mendedahkan hampir tujuh bulan tidak menerima gaji daripada majikannya selepas kali terakhir dibayar pada Disember lepas.

Menurut Safee, pihaknya kini memerhatikan apa yang bakal dilakukan oleh Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) bagi menangani kemelut sedang melanda bola sepak negara.



“Bila kami (PFAM) bersuara dikatakan mahu menjatuhkan atau memburukkan imej bola sepak sendiri (negara), tapi bila jadi kes seperti ini, siapa yang mahu dipersalahkan.

“Kami perhatikan dan lihat sahaja apa yang badan induk (MFL) lakukan. Sila pantau dan buat sesuatu yang lebih proaktif dalam menangani bab (isu) ini,” kata Safee dipetik menerusi Instastory peribadinya semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Anwar Akan Terkena Badi Rishi Sunak?




Mengulas lanjut, Safee percaya masih banyak kelab yang mengalami isu kegagalan melunaskan tunggakan gaji pemain dan mahu individu tidak kompeten untuk keluar daripada industri bola sepak.

“Saya sudah tidak bermain dalam liga, tetapi passion (minat) saya dengan sukan ini tidak pernah pudar. Saya tahu perit jerih setiap pemain.

“Banyak lagi kelab yang gagal dalam bab gaji. Take the responsibility or just get out of this sport (Ambil tanggungjawab atau keluar daripada sukan ini). This life you have an option (Anda mempunyai pilihan dalam hidup),” katanya.



Difahamkan, selain KL City, beberapa kelab berpangkalan di Utara dan Pantai Timur tanah air selain di Borneo turut mengalami masalah melunaskan gaji pemain mengikut jadual yang ditetapkan.

Buat masa ini, MFL hanya menghukum Kedah Darul Aman FC kerana gagal melunaskan gaji tahun lalu pada April lepas dengan pemotongan tiga mata dalam kempen Liga Super musim ini.

PFAM saran segera tangani isu gaji Liga M

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Jangan Biarkan PRK Sungai Bakap Menjadi PRK Tanjung Piai 2.0?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button