Rider tolak tip RM500 dipuji ‘melambung’

Oleh – Syeikh Baran


Rider tolak tip RM500 dipuji ‘melambung’
Antara perkongsian rider berkenaan di media sosial.

Seorang pekerja p-hailing (rider) mendapat pujian ramai selepas menolak tip sebanyak RM500 daripada pelanggannya yang merupakan seorang wanita.

Menurut rider itu, wanita tersebut memberi wang bagi membayar makanan yang dipesan anaknya.



Dalam masa sama, rider terbabit turut menjelaskan bahawa bayaran bagi pesanan tersebut itu telah dibuat anaknya.

“Kau orang dapat tip paling banyak berapa? Aku, RM500. Kisahnya aku menghantar satu pesanan, yang pesan anak dia. Lepas bagi makanan, mak cik tu hulur tip. Aku ingat RM2 ke RM3 sekali RM500.

“Aku tanya dia (pelanggan), duit ni untuk apa? Dia jawab untuk bayar makanan. Aku cakap makanan dah bayar, lepas tu dia buat tak layan dan terus masuk rumah.

“Jadi aku syak mak cik ini dah tak sihat, ingat-ingat lupa. Sekian nukilan saya,” kongsinya di media sosial GrabFood Rider Malaysia.



Menerusi hantaran sama, rider berkenaan turut berkongsi beberapa gambar dirinya sedang memulangkan kembali wang berkenaan dengan memasukkannya ke dalam peti surat rumah pelanggan tersebut.

Tindakannya itu sekali gus meraih perhatian orang ramai yang menyifatkan rider berkenaan jujur ketika mencari rezeki.

“Zaman sekarang duit halal ke haram tak kisah dah, asalkan duit. Tabik dekat abang ni cari berkat rezeki,” puji seorang pengguna.

“Susah nak jumpa orang jujur ni. Biasanya rider suka meminta-minta lagi adalah. Semoga murah rezeki abang tu,” ujar @IAmRachel.



“Ya Allah, kau murahkan, kayakan, rahmati la rider ni. Moga selalu diberi kesihatan yang baik, isteri dan anak-anak yang baik dengar kata,” doa @Bungalily.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button