Skuad recurve wanita sasar suku akhir Olimpik
Skuad recurve wanita sasar suku akhir Olimpik
PERSATUAN Memanah Kebangsaan Malaysia (NAAM) meletakkan sasaran awal kepada pasukan recurve wanita untuk melangkah ke suku akhir Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan berlangsung dari 26 Julai hingga 11 Ogos depan.
Presiden NAAM, Datuk Abdul Hamid Hasan menyatakan semua pasukan yang bertanding di Olimpik kali ini dibarisi pemanah-pemanah berpengalaman tinggi di peringkat antarabangsa jika dibandingkan dengan trio muda Malaysia.
Menyedari kekuatan dan cabaran bakal dihadapi, beliau secara realistik tetap optimis jika pasukan recurve wanita negara berjaya ke suku akhir, peluang untuk melangkah lebih jauh akan menjadi lebih cerah.
“Sasaran awal kami adalah layak ke Olimpik Paris 2024. Kini setelah layak, insya-Allah kami akan cuba mencapai sekurang-kurangnya suku akhir. Kami tahu di mana tahap kami kerana atlet-atlet adalah skuad pelapis yang masih muda.
“Jika berjaya ke suku akhir, peluang untuk ke final akan lebih mudah kerana prestasi pasukan semakin meningkat. Jika kita lihat pasukan yang sudah sampai ke suku akhir, itu sudah cukup baik. Prestasi pasukan pada hari pertandingan sangat penting.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
Apakah Anwar Akan Terkena Badi Rishi Sunak?
“Jadi, kita lihat prestasi mereka terus meningkat dan insya-Allah ke suku akhir dulu. Kemudian, kita akan atur strategi semula untuk pusingan seterusnya,” katanya.
Trio negara yang terdiri daripada Ariana Nur Dania Mohamad Zairi, Nurul Azreena Mohamad Fazil dan Syaqiera Mashayikh kini menjalani latihan di Korea Selatan sehingga 15 Julai ini dan pulang ke tanah air sebelum terbang ke Paris empat hari kemudian.
Sebagai rekod, trio memanah negara mencipta sejarah sebagai pasukan wanita pertama yang beraksi di temasya Olimpik selepas muncul naib juara Kejohanan Kelayakan Memanah Akhir di Antalya, Turkiye bulan lalu sekali gus layak ke Paris.
Skuad recurve wanita sasar suku akhir Olimpik
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pelajar Tingkatan 6 Bakal Terima Elaun Sara Hidup
- Hidup Rakyat Susah, Tak Ada Masa Nak Dengar Retorik Politik
- Selagi Hj Hadi Presiden, UMNO berada dalam bahaya jika kerjasama dengan PAS.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :
Jangan Biarkan PRK Sungai Bakap Menjadi PRK Tanjung Piai 2.0?