Tiga suspek kes tembak ditahan

Oleh – Syeikh Baran


Tiga suspek kes tembak ditahan
Gambar Hiasan

Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan menahan tiga lelaki yang disyaki terbabit dalam kes tembak sehingga mencederakan tiga mangsa.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Mohd Irwan Hafiz Md Radzi berkata kesemua suspek yang merupakan warga tempatan berusia antara 23 hingga 26 tahun itu ditahan di kawasan Baru 17 dan Batu 18, antara pukul 8 hingga 11 malam tadi.



“Kesemua suspek direman selama tujuh hari hingga 16 Julai ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu, beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian yang berlaku di belakang pasar raya di Batu 19, Jalan Kuching-Serian pada pukul 1.57 pagi semalam.

Katanya tiga lelaki berusia antara 24 hingga 25 tahun mengalami kecederaan di bahagian badan akibat terkena tembakan yang dipercayai menggunakan senapang patah.

Kesemua mangsa kini sedang menerima rawatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan berada dalam keadaan stabil.



Mohd Irwan berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat).

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button