3 beranak ajaran sesat Millah Abraham diberkas

Oleh – Syeikh Baran


3 beranak ajaran sesat Millah Abraham diberkas
Ahmad Zaki Hamzah (dua, kanan) menunjukkan antara barangan yang dirampas dalam operasi membabitkan pengikut ajaran sesat Millah Abraham di Pejabat Penguat kuasa JHEAINS, hari ini. – Foto oleh NOR AINNA HAMZAH

Tiga beranak dipercayai pengikut ajaran sesat Millah Abraham ditahan di dua lokasi penempatan Felda di Tampin dan Jempol oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS), di sini, pukul 6 petang tadi.

Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah berkata, dalam operasi pertama di Felda Sungai Kelamah, Tampin, sepasang suami isteri berusia lingkungan 40an ditahan, manakala anak pasangan berkenaan yang juga remaja berusia 16 tahun diberkas di Felda Palong 3, Jempol.



“Siasatan mendapati mereka merupakan pengikut kepada ajaran Millah Abraham kira-kira setahun lalu dan kini cuba merekrut ahli baharu terdiri keluarga dan kenalan. Mereka tidak menjadikan rumah sebagai markas sebaliknya disyaki menyebarkan ajaran berkenaan di kedai, restoran,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Penguat kuasa JHEAINS, di sini, malam ini.

Tambahnya, polis merampas 15 barangan antaranya buku nota serta peranti elektronik yang digunakan bagi merekodkan ajaran sesat berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 52 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Sembilan 1992.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button