Bunuh pensyarah Zara Eleena: 4 pelajar kolej terlepas tali gantung

Oleh – Syeikh Baran


Bunuh pensyarah Zara Eleena: 4 pelajar kolej terlepas tali gantung
Gambar Hiasan

Empat bekas pelajar kolej terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Persekutuan di sini hari ini membenarkan permohonan semakan untuk mengetepikan hukuman gantung kerana membunuh pensyarah mereka, Zara Eleena Omar Peter, 12 tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai oleh Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat sebaliknya menggantikannya dengan hukuman penjara dan turut memerintahkan mereka dikenakan 12 sebatan.



Tiga daripada mereka iaitu Mohamad Sharafe Matt Noh, 30, Azizi Aizat Ibrahim, 32, dan Mohamad Zul Shahril Suhaimi, 32, dikenakan hukuman penjara 37 tahun kerana membunuh Zara Eleena dan bapanya, Omar Peter Abdullah.

Bagaimanapun, rakan mereka Mohamad Safwan Muhamad, 31, dipenjara 32 tahun kerana membunuh pensyarah tersebut yang merupakan orang kelainan upaya (OKU)

Keempat-empat mereka yang merupakan bekas penuntut Kolej Teknologi Antarabangsa Cybernetics, Cheras disabitkan membunuh Zara Eleena, 23, yang mengajar bahasa Inggeris di kolej tersebut antara pukul 1.30 dan 2.30 pagi, 9 Mac 2012.

Omar Peter, 56, yang merupakan pesara sebuah syarikat kewangan pula dibunuh antara pukul 11.30 malam, 8 Mac 2012 dan 1.30 pagi pada hari berikutnya.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button