CRB labur RM2b

CRB labur RM2b

CRB labur RM2b
ANWAR (dua dari kiri) melakukan gimik pada Majlis Peluncuran Loji Janakuasa Solar Hibrid, semalam.

Marang: Sejumlah RM2 bilion dilaburkan Cypark Resources Berhad (CRB) dalam membangunkan loji tenaga solar di negara ini yang mampu menjana 404 megawatt (MW) tenaga boleh baharu.

Pengurus Eksekutif Cypark Resources Berhad Datuk Hamidah Moris berkata, CRB berpengalaman selama 25 tahun dalam industri solar di negara ini.

Menurutnya, Cypark mempelopori industri solar Malaysia dengan 24 MW loji tenaga solar generasi pertama bermula pada 2012 di bekas tapak pelupusan sampah.



Katanya, Cypark bekerjasama dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan bank-bank Malaysia untuk merancang infrastruktur tenaga dan pembiayaan yang sesuai untuk mengurus sumber tenaga boleh baharu yang dijana daripada tenaga suria.

“Cypark mempelopori industri Waste-to-Energy (WTE) pada tahun 2015 dengan merancang, melaksanakan, dan menjalankan pengumpulan sisa dengan bayaran tip, penjanaan tenaga daripada sisa untuk TNB.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Biarkan PRK Sungai Bakap Menjadi PRK Tanjung Piai 2.0?




“Cypark satu-satunya pengendali loji WTE di Malaysia,” katanya ketika berucap pada perasmian Cypark Solar Merchang, di sini, semalam.

Hadir sama, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Menurutnya, RM2 bilion portfolio infrastruktur penjanaan tenaga dilabur dan kini mampu menjana 404 MW penjanaan tenaga boleh baharu.

Katanya, lebih 130 projek EPCC dilaksana manakala loji WTE menggunakan 1,000 metrik tan (MT) sisa pepejal perbandaran dan mampu menjana 20 MW tenaga boleh baharu.



“Penggunaan inovasi tenaga boleh baharu ini menunjukkan komitmen CRB kepada penyahkarbon.

“Cypark inovator dalam industri tenaga hijau di Malaysia serta syarikat Malaysia pertama dan satu-satunya yang merancang, membina dan menjalankan gabungan loji tenaga solar, WTE serta loji pengeluaran tenaga bio-gas dan bio-mass.

“Loji Merchang Cypark adalah loji janakuasa solar hibrid terbesar di Malaysia serta terdiri daripada 35 MW solar terapung dan 65 MW solar dipasang di darat,” katanya.

Menurutnya, loji janakuasa solar hibrid ini bukti kemampuan Cypark menyesuaikan diri dengan persekitaran semula jadi Terengganu yang terdedah kepada banjir.



Katanya, loji Danau Tok Uban (DTU) yang dijadualkan beroperasi suku ketiga tahun ini akan menjadi loji solar terapung terbesar di Malaysia dengan kapasiti 60 MW.

“Dari segi pencapaian antara 2013 hingga tahun lalu, Cypark mampu menjana sejumlah 692,191 MW tenaga boleh baharu.

“Manakala 447,612 tan pengelakan karbon dioksida, 85,0244 tan pengelakan arang batu manakala 1,000 ekar tapak pelupusan dipulihara untuk penjanaan tenaga bersih,” katanya.

CRB labur RM2b

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button