Guna AMLA jika gagal kesan sumber wang bagasi RM500,000

Oleh – Syeikh Baran


Guna AMLA jika gagal kesan sumber wang bagasi RM500,000
Hussein menunjukkan wang dijumpai dalam bagasi dalam sidang akhbar, April lalu.

Polis akan menggunakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLATFPUAA) 2001 bagi kes bagasi berisi RM500,000 yang dijumpai di parkir sebuah pusat beli belah di Damansara, Petaling Jaya dekat sini.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan, siasatan mengikut akta itu akan dilakukan sekiranya polis tidak dapat mengesan sumber sebenar penemuan bagasi berkenaan.



Katanya, kertas siasatan berkaitan kes tersebut sebelum ini telah diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

“Jika pemilik bagasi itu tidak menunjukkan sumber wang berkenaan, kita akan mendakwanya di mahkamah mengikut seksyen AMLA,” katanya pada sidang akhbar perasmian program Anak Syurga di Dewan Cerana Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor di sini, hari ini.

Kosmo! sebelum ini melaporkan seorang pengarah syarikat kayu balak telah tampil memberikan keterangan kepada pihak polis pada 30 Mac lalu selepas mendakwa bagasi berisi RM500,000 adalah miliknya.

Pengarah syarikat itu mendakwa bagasi mengandungi wang itu diambil dari rumah rakannya yang ingin memulakan wang di pinjaman tahun lalu untuk tujuan pelaburan.



Bagaimanapun, individu tersebut tidak membawa sebarang rekod dan bukti yang menyatakan wang terbabit adalah milik syarikatnya semasa keterangan direkodkan.

Selain pemilik syarikat tersebut, polis juga telah merekod keterangan sembilan individu lain bagi membantu siasatan kes tersebut.

Sumber – KOSMO!ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button