Kelindan maut, pemandu cedera nahas dua lori

Oleh – Syeikh Baran


Kelindan maut, pemandu cedera nahas dua lori
Keadaan salah sebuah lori yang terlibat dalam kemalangan di Kilometer 245.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara dekat Kuala Kangsar hari ini.

Seorang kelindan maut selepas lori yang dinaikinya merempuh bahagian belakang sebuah lori lain di Kilometer 245.1, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 7.05 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Muhamad Yusri, 20, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.



Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Kangsar, Ahmad Izuwan Zakaria berkata, dua jentera bersama dua Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dengan kekuatan 17 anggota dari BBP Kuala Kangsar dan Meru Raya dikejarkan ke lokasi selepas menerima maklumat kejadian.

“Kemalangan membabitkan lori muatan daging sejuk beku dinaiki mangsa dan pemandu berusia 40 tahun dengan sebuah lori yang tidak dikenal pasti.

“Mangsa yang tersepit disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan manakala rakannya pula cedera pada kaki dan telah dibawa keluar oleh orang awam,” katanya, di sini hari ini.

Menurut beliau, operasi mengeluarkan lelaki yang tersepit itu segera dilakukan dengan menggunakan peralatan menyelamat dan mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.



“Pemandu lori yang cedera diberi rawatan awal oleh petugas perubatan yang terlebih dahulu tiba di lokasi kejadian. Operasi tamat pada pukul 8.27 pagi,” ujar beliau.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button