Keselamatan kontinjen negara di Paris terjamin

Keselamatan kontinjen negara di Paris terjamin

Keselamatan kontinjen negara di Paris terjamin
HAMIDIN (tengah) percaya pihak keselamatan Perancis akan memberikan sepenuh komitmen bagi menjamin keselamatan atlet-atlet di Olimpik Paris nanti.

ATLET dan pegawai yang akan berangkat ke Paris, Perancis bagi menghadapi temasya Sukan Olimpik 2024 bulan ini tidak perlu berasa bimbang berhubung pergolakan politik yang berlaku di negara itu ketika ini.

Ketua kontinjen (CDM) Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024, Datuk Hamidin Mohd. Amin berkata, pihak keselamatan Perancis akan memberikan sepenuh komitmen bagi menjamin keselamatan semua atlet sepanjang temasya itu berlangsung.

Memandangkan Perancis mengamalkan konsep perkampungan sukan, justeru beliau menggesa semua atlet, jurulatih dan pegawai pasukan supaya tidak sewenang-wenangnya meninggalkan venue tersebut.



“Dari segi politik, ada komitmen daripada kerajaan tentang keselamatan. Saya juga yakin semua atlet, jurulatih dan pegawai yang ada dalam perkampungan sukan akan dikawal rapi oleh pihak keselamatan.

“Mereka akan mengawal sepenuhnya tempat latihan dan venue pertandingan. Atlet-atlet tidak boleh keluar dari perkampungan sukan dan saya harap perkara tidak diingini tidak akan berlaku,” katanya ketika ditemui selepas majlis pengumuman kerjasama antara Majlis Olimpik Malaysia (MOM) dan Samsonite di Kuala Lumpur semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Biarkan PRK Sungai Bakap Menjadi PRK Tanjung Piai 2.0?



 

Terdahulu, persoalan mengenai keselamatan atlet ke Olimpik Paris timbul apabila suhu politik di Perancis semakin meningkat ekoran parlimen tergantung selepas berlangsungnya pilihan raya tergempar.

Difahamkan, Presiden Perancis, Emmanuel Macron juga masih belum memberikan jawapan berhubung peletakan jawatan Perdana Menteri, Gabriel Attal meskipun gabungan sayap kiri sudah mendesak supaya menamakan calon bagi menggantikan Attal.

Sementara itu, Hamidin yang juga Timbalan Presiden MOM turut menyampaikan pesanan supaya semua atlet berhati-hati sepanjang menjalani latihan bagi memastikan kondisi badan berada pada tahap terbaik menjelang Olimpik nanti.



“Sebelum ke mana-mana kejohanan, atlet sentiasa memberikan komitmen tinggi tetapi kadang-kadang kecederaan tidak boleh dielakkan. Nasihat saya kepada atlet adalah supaya jaga kesihatan dan berhati-hati dalam latihan.

“Jika tidak, kita mungkin menanggung kerugian sekiranya cedera sebelum temasya bermula sehingga tidak mampu beraksi. Kita doakan semua atlet cergas sepenuhnya untuk menggalas cabaran di Olimpik nanti,” ujarnya.

Keselamatan kontinjen negara di Paris terjamin

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button