Pelakon didakwa tumbuk kekasih gagal dihubungi

Oleh – Syeikh Baran


Pelakon didakwa tumbuk kekasih gagal dihubungi
Gambar Hiasan

Pelakon lelaki yang didakwa memukul teman wanitanya dalam kejadian di Ara Damansara, di sini, Ahad lalu gagal dihubungi pihak polis.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya telah menghubungi pelakon terbabit untuk hadir memberi keterangan.



“Perintah Untuk Menyiasat (OTI) kita sudah dapat dan pelakon tersebut telah dihubungi termasuk melalui aplikasi WhatsApp namun tidak berjawab dan dibalas.

“Kita akan membuat panggilan memberi keterangan kepada individu itu untuk hadir mengikut Seksyen 111 Kanun Tatacara Jenayah,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini, pihaknya telah merakam keterangan kakak mangsa sebagai saksi.

“Kita sedang menunggu laporan perubatan bagi membantu siasatan.



“Kertas siasatan akan dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya setelah siasatan lengkap,” ujarnya.

Pada 7 Julai lalu, seorang wanita mendakwa dipukul teman lelakinya yang juga pelakon dalam kejadian di Ara Damansara, di sini sekitar pukul 4 pagi.

Suspek dipercayai memukul pengadu kerana tak puas hati wanita tersebut keluar dengan kakaknya tanpa minta izin suspek.

Lelaki berkenaan bertindak memarahi dan menumbuk mata kiri serta badan wanita berkenaan.



Kes disiasat di bawah 323 Kanun Keseksaan katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button