Pempengaruh suami isteri disyaki seleweng derma direman esok

Oleh – Syeikh Baran


Pempengaruh suami isteri disyaki seleweng derma direman esok
Gambar Hiasan

Pasangan suami isteri juga pempengaruh di laman media yang disyaki menyeleweng kutipan derma dijangka akan direman esok.

Menurut sumber, SPRM akan membuat permohonan reman itu di Mahkamah Majistret Putrajaya pada pukul 9 pagi esok.



“Esok ada reman ‘influencer’ dekat Mahkamah Majistret Putrajaya pukul 9 pagi,” katanya ringkas tadi.

Terdahulu, pasangan pempengaruh itu dilaporkan ditahan SPRM hari ini bagi membantu siasatan selepas mereka didakwa membuat kutipan derma melebihi jutaan ringgit.

Bagaimanapun, wang yang dikutip itu didakwa tidak disalurkan dengan cara yang betul oleh pihak terbabit.

Sebelum ini, pempengaruh itu menerusi peguamnya turut menafikan semua dakwaan penyelewengan dan pecah amanah membabitkan dirinya seperti yang tular di media sosial.



Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button