Shuk Sahar tetap jalan tanggungjawab sebagai bapa

Anak jauh di Sabah

Shuk tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.

Shuk tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.

PELAWAK Shuk Sahar masih mengekalkan hubungan baik dengan anak-anaknya meskipun kini tinggal berjauhan selepas berpisah dengan bekas isteri Rosa Serra.

Kata Shuk atau Muhammad Shukri Mohamad Sahar, 38, panggilan video menjadi medium mereka berkomunikasi setiap hari dan akan terbang ke Sabah jika mempunyai masa lapang.



“Buat masa ini saya sibuk ulang alik ke Singapura… Tetapi tanggungjawab terhadap anak seperti nafkah saya lunaskan.

“Biasanya kami akan berkomunikasi menerusi panggilan video dan jika ada masa saya akan berjumpa di Sabah.

 

Shuk tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.
Shuk lebih selesa tidak berkongsi hal peribadi di media sosial.

“Setakat ini tiada sebarang masalah tentang anak-anak. Isteri dipisahkan dengan satu lafas tapi anak-anak hubungan itu sampai akhir hayat,” katanya kepada mStar.



Shuk berkongsi perkara itu ketika ditemui pada sidang media pelancaran Dol’s Podcast yang berlangsung paa Selasa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Jangan Biarkan PRK Sungai Bakap Menjadi PRK Tanjung Piai 2.0?


Belajar daripada kesilapan lalu, Shuk juga memberitahu dia kini jarang kehidupan bersama isterinya iaitu Fara Salleh di media sosial kerana tidak mahu membuka sebarang ruang perbalahan di antara pengikutnya.



Prinsip itu juga dipegang apabila nama Serra sebelum ini pernah menjadi bualan ramai berhubung hubungan baik di antara mereka disalah erti sesetengah pihak sebelum ini.

“Saya tidak pernah mengeluarkan sebarang kenyataan tentang bekas isteri tapi saya bersyukur dengan keputusan meneruskan kehidupan masing-masing dan fokus kepada anak-anak.

“Saya tidak akan bercakap sebab media sosial adalah media sosial. Apabila kita buka ruang orang mengata, secara tidak langsung wujud buli siber,” katanya.

 



Shuk tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.
Shuk dan Fara berkahwin November tahun lalu.

Untuk rekod, Shuk dan Serra bercerai talak satu pada 22 Mac tahun lalu dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Nur Qurratu Ain, 8, dan Nur Assyifatu Aimi, 5 tahun.

Shuk kemudiannya menamatkan zaman duda dengan Fara pada November tahun lalu.

Bercakap mengenai Fara, Shuk menyangkal khabar angin isterinya itu sedang hamil anak pertama mereka.

“Belum berisi (hamil) lagi. Saya tidak menolak untuk ada anak dan kami pun tidak merancang sebab itu adalah rezeki,” jelasnya.



Shuk tidak pernah mengabaikan tanggungjawab sebagai bapa.

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button