Syed Saddiq dan larian politik yang penuh kontroversi dan keraguan.

Oleh Adam Malik

Syed Saddiq dan larian derma penuh kontroversi dan keraguan.

Apabila terlalu ingin menonjolkan diri untuk mendapat publicity murahan , terkadang membawa padah dan “backfire”.



Begitu lah yang terjadi terhadap MP Muar Syed Saddik.

Keghairahan mahukan dana untuk menguruskan kawasan Parlimen nya kerana dakwaan beliau tidak boleh berterusan mengurus kawasan tanpa dana telah akibatkan SS terpaksa bertindak cara tersendiri.

Kaedah yang dipillih SS adalah untuk membuat larian 200 kilometer dari kawasan nya di Parlimen Muar dan menamtkan larian di bangunan Parlimen, Kuala Lumpur.

Protes melalui hobi berlari oleh SS akhirnya telah mendapat sumbangan dari pelbagai pihak sehingga berjumlah RM150,000 terkumpul dalam masa singkat Empat hari larian.



Namun, kutipan derma sumbangan ini mendatangkan persoalan dan reaksi dari pelbagai pihak terutama para netizen dan juga penggendali laman Media Sosial.

Mereka meragui kedua dua sekali, yakni larian dan juga wang sumbangan nya.

Dari segi larian mereka ragui kerana tidak nampak banyak gambaran dan aksi aksi yang dipamirkan oleh SS yang “crazy for attention”.

Gambar dimana beliau berhenti makan, rehat dan keadaan larian malam , didalam hujan dan sebagai nya amat kurang.



Gambar keadaan di Highway paling dituntut untuk dilihat dan juga cara henti dan solat dimana dan berapa lama henti juga dituntut oleh netizen.

Ini bab larian, bab sumbangan juga diragui oleh netizen.

Begitu cepat SS mendapat jumlah RM150,000 juga dipersoalkan.

SS yang telah didapati bersalah oleh mahkamah tidak berapa lama sebelum ini kerana menyeleweng wang Parti Bersatu telah pun dijatuhi hukuman.



Didalam perbicaraan terlihat banyak cara wang diseleweng termasuk menyerah kepada rakan rakan untuk diagihkan selain wang dimasukan kedalam akaun peribadi dan akaun ASB nya.

Maka tidak hairan lah apabila wang sumbangan dari orang ramai hasil larian diragui.

Ada yang mendakwa wang sudah pun ada disesuatu pihak dan cara untuk memperolehi ada lah dengan mengutip derma.

Ketika hampir PRU14 dan Pru15, pihak seperti Rafizi Ramli , Anggota DAP antara paling banyak kutip derma melalui majlis makan malam.



Hasil dari ini jutaan wang diperolehi.

Cara ini amat diragui kerana disyaki modus operani cuci duit haram untuk dihalalkan.

Duit duit yang diparkir dipihak lain masuk melalui derma.

Walau duit boleh dibelanjakan , tetapi jika tanpa adakan majlis makan malam atau larian , wang tetap boleh disoal dari mana datang nya.



Maka dengan majlis makan malam atau charity dinner dan larian, wang boleh disalurkan cara rasmi dan jumlah kutipan diumum dan menjadi bersih untuk dideposit kedalam bank.

Pihak portal tidak menunduh SS atau Rafizi dan DAP melakukan acara cuci duit, tetapi pihak berkuasa seharus nya menyiasat juga.

Kembali kepada kisah SS, belum pun cerita larian ke Parlimen reda, kisah penipuan SS di acara sukan lasak Ironman juga menjadi kecoh.

 

Bagaimana tiba tiba SS boleh naik podium menerima hadiah kemenangan acara endurance sedangkan penat larian 200 km belum pun pulih.

Beberapa perserta yang turut bersaing diacara itu mengadu dilaman sosial apa yang mereka lihat.

Akhirnya SS sendiri mengaku “silap tidak sengaja”.

Jika tiada saksi larian mungkin lain ceritanya.

Begitu lah kisah Ahli Parlimen muda penuh kontroversi.

Begitu cepat naik, begitu juga cepat dapat gelaran bakal banduan.

Menjadi ahli Parlimen paling muda juga menjadi Ahli Parlimen paling muda kena seret kemahkamah.

Menghina Datuk Seri Najib sebagai penyamun untuk menjadi popular, kini gelaran kembali kepada dirinya sendiri dalam kifarah secepat kilat.

 

 

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button