Zarina Zainuddin Berdoa Agar Adira Dan Datuk Red Kembali Rujuk

Faham Penat Berkenalan Dengan Lelaki Baharu

Zarina Zainuddin Berdoa Agar Adira Dan Datuk Red Kembali Rujuk

Zarina Zainuddin Berdoa Agar Adira Dan Datuk Red Kembali Rujuk

Pelakon terkenal, Zarina Zainuddin, baru-baru ini meluahkan harapannya agar penyanyi Adira Suhaimi dan bekas suaminya, Datuk Red, kembali bersama.

Zarina berpendapat bahawa Datuk Red merupakan lelaki yang paling memahami Adira setelah melalui pahit manis kehidupan bersama sebelum ini.



Zarina Zainuddin Berdoa Agar Adira Dan Datuk Red Kembali Rujuk

 

“Akak doakan kau rujuk balik dengan bekas suami, amin. Duit cari bersama, susah dan senang pun sama-sama. Dia sahaja yang faham kau walau sebenarnya dia buat-buat tak faham,” kata Zarina dalam ruangan komen sebuah hantaran Instagram.

Zarina juga bersetuju dengan pendapat Adira sebelum ini yang menganggap berkenalan dengan lelaki pada usia sekarang adalah perkara yang membuang masa.



Zarina Zainuddin Berdoa Agar Adira Dan Datuk Red Kembali Rujuk

 

“Iyalah, kita sudah ada anak, lelaki lain nak kita pun buat apa? Lebih baik cari orang yang betul-betul anak kita sayang, tak perlu paksa terima orang baru. Kalau sudah memang bapa sendiri, mestilah sayang. Bercinta ketika masa mula-mula dulu, sekarang apabila sudah ada anak, kita lebih fikir perasaan mereka,” tambahnya.

Menurut Zarina, anak-anak memerlukan bapa kandung mereka lebih daripada lelaki lain.



“Budak-budak itu perlukan bapa mereka bukan lelaki lain dan akan rasa orang lain menyibuk. Melainkan anak-anak itu sudah besar sebab mereka pasti tak kisah, asalkan ibu mereka gembira,” katanya lagi.

Sebelum ini, Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 33, menerusi sebuah video tular menegaskan bahawa dia sudah muak untuk berkenalan dengan orang baharu. Baginya, perkara tersebut hanyalah membazir.

Zarina Zainuddin Berdoa Agar Adira Dan Datuk Red Kembali Rujuk

 



Dalam video sama, pelantun lagu “Ku Ada Kamu” yang bersiaran langsung bersama Datuk Red memberitahu dia malas mahu memperkenalkan serba-serbi kehidupannya.

Pada 23 April lalu, Adira sah bercerai talak satu dengan Datuk Red dan tidak menuntut sebarang nafkah idah dan mutaah kerana memahami kewangan bekas suami.

Adira dan Datuk Red berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 7, Asan, 6, Anggun, 5, dan Ayob, yang kini berusia dua tahun.

Semoga doa Zarina Zainuddin untuk Adira dan Datuk Red mendapat pengakhiran yang bahagia dan terbaik buat keluarga mereka.



Zarina Zainuddin Berdoa Agar Adira Dan Datuk Red Kembali Rujuk



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button