Abdul Rashid kekal ADUN Selat Klang

Oleh – Syeikh Baran


Abdul Rashid kekal ADUN Selat Klang
Abdul Rashid

Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang kekal milik Datuk Abdul Rashid Asari.

Speaker Selangor, Lau Weng San berkata, keputusan dibuat selepas tiada bukti yang mencukupi untuk mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka.



Katanya, pemberhentian keahlian Abdul Rashid dalam Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) didapati satu pemecatan terancang di bawah operasi Perkara 65A (2)(c) Perlembagaan Negeri Selangor.

“Justeru, notis dan bukti dari Yang Berhormat Hulu Kelang ( Datuk Seri Mohamed Azmin Ali) tidak memenuhi beban pembuktian yang diperlukan untuk membuktikan yang sebaliknya.

“Intihanya, selamat untuk disimpulkan atas skala pertimbangan kebarangkalian atau balance of probability, bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka.

“Dengan ini, saya mengisytiharkan bahawa kerusi DUN Selat Klang tidak dikosongkan,” katanya pada sidang DUN Selangor, hari ini.



Beliau turut memberitahu, berdasarkan semakannya termasuk dalam Fasal 10 dan Fasal 22 dalam Perlembagaan Bersatu menimbulkan pendapatan tiada bukti dokumen yang membuktikan perlembagaan parti tersebut berkuat kuasa secara retrospektif iaitu sebelum 1 April 2024.

“Tindakan Abdul Rashid yang menyokong kepimpinan Datuk Seri Amirudin Shari dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu pada Mei Lau bukanlah satu maklumat pertama.

“Situasi ini merupakan peristiwa yang berasal daripada kedudukannya pada 6 Mac lalu dan berlaku sebelum pindaan Perlembagaan Bersatu berkuatkuasa oleh Pendaftar Pertubuhan bertarikh 1 April lalu,” jelasnya.

Sebaik keputusan tersebut diumumkan Abdul Rashid mengucapkan terima kasih kepada Weng San.



Pada 7 Jun lalu, Abdul Rashid digugurkan sebagai ahli Bersatu selepas menyatakan sokongan kepada kepimpinan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.

Sehubungan itu, Weng San mempunyai tempoh selama 21 hari bagi menentukan kerusi tersebut selepas Mohamed Azmin menyerahkan notis pemakluman kekosongan kerusi DUN Selat Klang pada 21 Jun lalu.

Sumber – KOSMO!ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button