Bank pelaburan jangka OPR kekal 3.00 peratus sepanjang 2024

Bank pelaburan jangka OPR kekal 3.00 peratus sepanjang 2024

Bank pelaburan jangka OPR kekal 3.00 peratus sepanjang 2024
GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: MIDF Amanah Investment Bank Bhd percaya inflasi teras yang stabil dan persekitaran luaran yang mencabar mungkin mempengaruhi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada kadar semasa 3.00 peratus sepanjang 2024.

Bagaimanapun, ia berkata keputusan itu akan tertakluk kepada pertumbuhan ekonomi yang stabil, kadar kenaikan harga dan penambahbaikan seterusnya dalam makroekonomi, terutamanya pemulihan berterusan di pasaran buruh serta permintaan domestik yang semakin meningkat.

“Dari segi perspektif jangka sederhana, normalisasi kadar dasar pascapandemik memberi ruang kepada BNM untuk mengurus lebih baik risiko yang boleh menjejaskan kestabilan prospek ekonomi masa depan seperti inflasi yang berterusan tinggi dan peningkatan dalam keberhutangan isi rumah,” katanya dalam nota penyelidikan.



Mengenai ringgit, disebabkan persekitaran inflasi yang berterusan di Amerika Syarikat (AS), MIDF menjangkakan permintaan terhadap dolar AS masih meningkat sekurang-kurangnya sehingga terdapat prospek yang lebih jelas mengenai hala tuju kadar faedahnya.

“Kami tetap berhati-hati dengan risiko penurunan yang mungkin menghalang kenaikan ringgit pada 2024, seperti kelewatan dalam melonggarkan kadar faedah Rizab Persekutuan AS (Fed) dan ketegangan geopolitik di antara China dan AS, serta pergolakan di Timur Tengah,” kata bank pelaburan itu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?




Satu lagi bank pelaburan, RHB Investment Bank Bhd dalam nota penyelidikannya mengekalkan pandangan bahawa OPR akan kekal tidak berubah pada 3.00 peratus untuk 2024.

Ia berkata, penggubal dasar mungkin mengekalkan kadar OPR sambil menilai kesan yang ditinggalkan daripada perubahan dasar fiskal ke atas trajektori inflasi keseluruhan dan momentum ekonomi.

“Pada pandangan kami, tiga faktor utama akan memacu OPR, iaitu momentum ekonomi Malaysia, yang mana kami menjangkakan pertumbuhan berkembang sebanyak 4.6 peratus pada 2024 (berbanding 3.7 peratus pada 2023).

“Faktor kedua ialah trajektori inflasi, yang mana kami fikir Indeks Harga Pengguna (IHP) keseluruhan akan berkembang sebanyak 2.6 peratus pada 2024 (daripada 2.5 peratus pada 2023), dan ketiga ialah ke tahap yang lebih kecil iaitu bagaimana kadar global mungkin bertindak pada masa yang boleh dijangka di masa depan,” katanya.



Mengenai ringgit, ia menjangkakan ringgit-dolar AS akan mengukuh ke arah 4.65 menjelang akhir 2024 berikutan jangkaan pengurangan Kadar Dana Fed (FFR) menjelang Disember dan peningkatan dalam makroekonomi.

Bagi CIMB Investment Bank Bhd, keputusan Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) untuk mengekalkan OPR pada 3.00 peratus pada Khamis bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

Ia berkata, pendirian dasar monetari kekal berkecuali apabila pemulihan ekonomi memperoleh momentum dan prospek inflasi kekal dalam sasaran rasmi dengan kesan terurus daripada penyasaran subsidi diesel.

“Sehubungan itu, kami menjangka BNM mengekalkan OPR pada tahap semasa sehingga akhir tahun ini,” kata CIMB.



Bank pelaburan jangka OPR kekal 3.00 peratus sepanjang 2024

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekiranya Kerajaan Enggan Menjelaskan Pendirian Mengenai Kewujudan Titah Adendum, Azalina Harus Menjelaskannya Dalam PAU 2024



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button