Euro 2024: Masa depan Belanda masih cerah
Euro 2024: Masa depan Belanda masih cerah
DORTMUND – Pengendali Belanda, Ronald Koeman mengakui cukup berbangga dengan prestasi pasukan sepanjang kempen Euro 2024 meskipun gagal mara ke pentas final selepas tewas 1-2 kepada England dalam aksi separuh akhir awal pagi semalam.
Pada perlawanan tersebut, The Oranje gagal mempertahankan kelebihan 1-0 hasil jaringan Xavi Simons apabila The Three Lions bangkit untuk melakar kemenangan menerusi ledakan Harry Kane dan Ollie Watkins.
Menurut Koeman, apa yang dipamerkan oleh pasukan sepanjang lebih sebulan bersama membuktikan masa depan bola sepak Belanda cukup cerah untuk tampil lebih kompetitif pada saingan akan datang.
“Sudah tentu saya kecewa dengan kekalahan ini kerana kita beraksi dengan baik sepanjang perlawanan khususnya apabila berjaya mendahului 1-0. Pada 20 minit terakhir, kita cuba untuk mengasak kubu lawan dengan memburu gol kemenangan.
“Situasi berbeza berlaku apabila pasukan lawan pula yang berjaya menjaringkan gol pada minit-minit akhir dan keputusan ini cukup pahit untuk ditelan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mungkinkah Keputusan YDP Dewan Rakyat Mengekalkan 6 Kerusi Ahli Parlimen PPBM Akan Mencetuskan Krisis Perlembagaan?
- Masukkan Usul Desak Kerajaan Berikan Penjelasan Mengenai Kewujudan Titah Adendum Pengampunan DS Najib Dalam PAU
Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?
“Namun, saya masih berpuas hati dengan komitmen pasukan sepanjang kejohanan kerana apa yang ditampilkan menjadi bukti bahawa masa depan bola sepak Belanda sangat cerah.
“Semangat dalam kalangan pasukan juga begitu baik dengan gandingan pemain senior dan junior. Saya jangka kita mungkin boleh berikan lebih lagi pada kempen akan datang (kelayakan Piala Dunia 2026),” katanya.
Sementara itu, Koeman enggan menyalahkan pemain pertahanan, Denzel Dumfries yang melakukan terjahan ke atas Harry Kane sehingga pasukan lawan dihadiahkan penalti dengan kapten England itu tidak mempunyai masalah untuk menyempurnakannya.
Kata Koeman, keputusan pengadil untuk menghadiahkan penalti adalah satu kesilapan besar kerana tiada kesalahan yang dibuat oleh Dumfries.
“Sebagai bekas pemain pertahanan, saya lihat tiada apa lagi yang boleh dilakukan oleh Dumfries kerana dia cuba menghalang rembatan tetapi tidak bernasib baik terkena kaki Kane,” katanya. – AGENSI
Euro 2024: Masa depan Belanda masih cerah
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Masih Adakah Pemimpin UMNO Yang Sudi Perjuangkan Keadilan Untuk DS Najib?
- Hubungan PAS Dan Gerakan Kembali Tegang
- Syed Saddiq dan larian politik yang penuh kontroversi dan keraguan.
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :