HRD Corp: SPRM rakam keterangan 10 individu

Oleh – Syeikh Baran


HRD Corp: SPRM rakam keterangan 10 individu
Gambar Hiasan

Setakat ini, seramai 10 individu telah dirakam keterangan bagi membantu siasatan berkaitan isu Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp).

Pengarah Kanan Siasatan SPRM, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi berkata, individu berkenaan dikehendaki hadir ke Ibu Pejabat SPRM di sini untuk dirakam keterangan berhubung isu berkenaan.



Beliau berkata, kesemua mereka terdiri daripada pegawai dan kakitangan HRD Corp dan Kementerian Sumber Manusia (Kesuma).

“Mereka tiba di Ibu Pejabat SPRM di sini sekitar pukul 10 pagi tadi. Kesemua 10 individu terbabit sudah hadir beri keterangan,” katanya.

Sebelum ini, Hishamuddin memaklumkan, proses mengambil keterangan sepatutnya dibuat semalam tetapi ditangguhkan hari ini.

Khamis lalu, Ketua Audit Negara, Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dalam LKAN 2/2024 dilaporkan berkata, Kesuma disyorkan merujuk pengurusan HRD Corp kepada agensi penguatkuasaan yang berkaitan susulan kegagalan syarikat kerajaan itu dalam audit yang dibuat.



Sementara PAC pula mendedahkan sejumlah RM3.77 bilion hasil kutipan levi daripada majikan digunakan HRD Corp untuk melabur dalam pelbagai aktiviti pelaburan.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button