OPR kekal 3.0 peratus, kali ketujuh berturut-turut

OPR kekal 3.0 peratus, kali ketujuh berturut-turut

OPR kekal 3.0 peratus, kali ketujuh berturut-turut
OPR kekal 3.0 peratus, kali ketujuh berturut-turut

Kuala Lumpur: Bank Negara Malaysia (BNM) menerusi Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) membuat keputusan mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.

Keputusan mengekalkan kadar penanda aras bagi kadar pinjaman dan deposit itu adalah buat kali ketujuh berturut-turut sejak Julai tahun lalu, di tengah pasaran global yang mencabar.

BNM berkata, pada tahap OPR semasa, pendirian dasar monetari terus menyokong ekonomi dan adalah konsisten dengan penilaian semasa berhubung dengan prospek inflasi dan pertumbuhan.



“MPC tetap berwaspada terhadap perkembangan semasa bagi memaklumkan penilaian trajektori inflasi dan trajektori pertumbuhan dalam negeri.

“MPC juga akan memastikan pendirian dasar monetari kekal kondusif untuk pertumbuhan ekonomi yang mampan dalam keadaan harga yang stabil,” kata BNM dalam Pernyataan Dasar Monetari yang dikeluarkan hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?




BNM berkata, ekonomi global terus berkembang berikutan keadaan pasaran pekerja yang berdaya tahan dan pemulihan perdagangan global yang berterusan.

Katanya, pada masa hadapan, pertumbuhan global dijangka berkekalan kerana rintangan daripada dasar monetari yang ketat dan sokongan fiskal yang berkurang akan dibendung oleh keadaan pasaran pekerja yang positif serta inflasi yang terus menurun.

“Perdagangan global terus kukuh berikutan momentum peningkatan kitaran teknologi global yang berterusan.

“Inflasi keseluruhan dan inflasi teras global terus menurun pada bulan-bulan kebelakangan ini, dengan beberapa bank pusat mula melonggarkan dasar monetari mereka,” katanya.



Mengulas prestasi ekonomi negara, BNM berkata, petunjuk terkini mencatatkan kegiatan ekonomi yang terus kukuh pada suku kedua 2024.

Katanya, hal ini didorong oleh perbelanjaan dalam negeri yang berdaya tahan dan prestasi eksport yang lebih baik.

Bagaimanapun, BNM berkata bagi masa hadapan, eksport dijangka disokong selanjutnya oleh peningkatan kitaran teknologi global berikutan kedudukan Malaysia dalam rantaian bekalan semikonduktor serta eksport barangan bukan elektrik dan elektronik yang terus kukuh.

“Ketibaan dan perbelanjaan pelancong juga dijangka terus meningkat.



“Pertumbuhan guna tenaga dan upah yang berterusan berserta langkah-langkah dasar akan terus menyokong perbelanjaan isi rumah.

“Aktiviti pelaburan akan disokong oleh projek berbilang tahun dalam sektor swasta dan awam yang sedang dijalankan, pelaksanaan inisiatif pemangkin di bawah beberapa pelan induk nasional serta lebih banyak pelaburan yang diluluskan,” katanya.

OPR kekal 3.0 peratus, kali ketujuh berturut-turut

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Sekiranya Kerajaan Enggan Menjelaskan Pendirian Mengenai Kewujudan Titah Adendum, Azalina Harus Menjelaskannya Dalam PAU 2024



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button