Pikat lelaki bermisai rahsia wanita hidup 108 tahun

Oleh – Syeikh Baran


Pikat lelaki bermisai rahsia wanita hidup 108 tahun
GAMBAR menunjukkan Helen Denmark. – WDHN-TV

Seorang wanita di negeri Alabama  yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-108 mendedahkan bahawa memikat lelaki bermisai membuatkan dirinya berasa kekal muda.

Agensi berita United Press International (UPI) melaporkan kelmarin bahawa wanita bernama Helen Denmark itu berusia 108 tahun pada Ahad lalu. 



Dia diraikan di sebuah pesta yang diadakan oleh rakan-rakan dan penjaganya di rumah penjagaan warga emas Brookdale Assisted Living di Birmingham. 

“Saya gemar minum wain, makan pencuci mulut dan memikat lelaki bermisai untuk berasa kekal muda,” kata Denmark kepada saluran televisyen tempatan, WDHN-TV. 

Meskipun sudah di usia senja,  Denmark mengaku bahawa dia tidak berasa tua, malah dirinya  masih sihat dan kuat. – AGENSI

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button