Polis lumpuhkan sindiket pelaburan ‘ayam kampung’

Polis lumpuhkan sindiket pelaburan ‘ayam kampung’

Polis lumpuhkan sindiket pelaburan 'ayam kampung'
GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: Sumbang RM250, terima terima hadiah seekor ayam kampung, atau manfaat RM13 setiap bulan sepanjang hayat. Itu modus operandi dilakukan sindiket penipuan pelaburan berpangkalan di Kinta, Perak yang menjerat 85 mangsa setakat ini dengan kerugian mencecah RM3.2 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil Datuk Seri Ramli Mohamed Yusof berkata, bertindak atas laporan yang dibuat mangsa pihaknya menjalankan beberapa serbuan di premis di sekitar Perak, Selangor, Kuala Lumpur, Melaka, Terengganu dan Labuan.

“Hasil serbuan, 11 individu terdiri daripada lapan lelaki dan tiga wanita warga tempatan berusia antara 38 hingga 56 tahun ditahan. Mereka yang ditahan dipercayai berperanan sebagai pengasas, pengarah, setiausaha, kerani, ejen serta sukarelawan pertubuhan terbabit.



“Turut dirampas adalah 13 buah kenderaan pelbagai jenis, wang tunai RM1,000, 13 rantai emas, dua cincin emas, 20 telefon pintar, empat tablet, 17 komputer riba, lapan buku cek, 37 keping kad bank, 71 set pelbagai dokumen, 11 cop pelbagai jenis, 17 kain rentang dan beberapa barangan lain

Ramli berkata, berdasarkan siasatan, sindiket ini yang beroperasi sejak awal 2023 dan menawarkan pelaburan kononnya berkaitan perniagaan ayam kampung.

“Program perniagaan ini menawarkan pelaburan minimum RM250 dan dijanjikan pulangan sebanyak RM13 sebulan atau boleh ditukar dengan seekor ayam kampung.

“Wang pelaburan dimasukkan ke dalam akaun bank yang didaftarkan atas nama pertubuhan terbabit. Bagaimanapun, bermula September 2023, pelabur-pelabur tidak lagi menerima keuntungan yang dijanjikan,” katanya.

Menurutnya, pasukan siasatan setakat ini melaksanakan pembekuan mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 terhadap 34 akaun bank dan Unit Trust dengan nilai keseluruhan RM6.5 juta.



“Tindakan penyitaan mengikut AMLATFPUAA 2001 juga dibuat terhadap 13 buah kenderaan dengan anggaran nilai RM2.9 juta. Turut disita adalah 2,143 ekor kambing baka shami atau biri-biri. Anggaran nilai haiwan yang disita masih belum diperoleh.

“Sehingga kini, 85 laporan polis diterima di seluruh negara membabitkan skim pelaburan ini dengan nilai kerugian mencecah RM3.2 juta. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan,” katanya.

Polis lumpuhkan sindiket pelaburan ‘ayam kampung’

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Sekiranya Kerajaan Enggan Menjelaskan Pendirian Mengenai Kewujudan Titah Adendum, Azalina Harus Menjelaskannya Dalam PAU 2024

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button