Sekiranya Kerajaan Enggan Menjelaskan Pendirian Mengenai Kewujudan Titah Adendum, Azalina Harus Menjelaskannya Dalam PAU 2024

Sekiranya Kerajaan Enggan Menjelaskan Pendirian Mengenai Kewujudan Titah Adendum, Azalina Harus Menjelaskannya Dalam PAU 2024

Sekiranya Kerajaan Enggan Menjelaskan Pendirian Mengenai Kewujudan Titah Adendum, Azalina Harus Menjelaskannya Dalam PAU 2024

 

Dalam sidang media selepas mendapat keputusan mahkamah menolak permohonan DS Najib supaya kerajaan mendedahkan titah adendum Di Raja, TS Shafee berikan mesej yang cukup jelas kepada kerajaan.

Menurut TS Shafee, kerajaan mesti menyatakan pendirian sama ada titah adendum tersebut wujud atau tidak.



Berdiam diri bukanlah satu pilihan untuk kerajaan kerana masanya pasti akan tiba untuk perkara yang sebenar terdedah.

Dan ketika itu, ianya akan menjadi sangat buruk kepada kerajaan yang memerintah.

Pada pandangan penulis, adalah amat mustahil untuk kerajaan menyatakan pendirian mengenai titah tersebut wujud atau pun tidak.

Kerajaan dilihat terus meninggalkan teka teki kepada rakyat mengenai kewujudan titah tersebut melalui kenyataan yang pernah dikeluarkan oleh Anwar Ibrahim sendiri.



Manakala menteri yang terlibat secara langsung dalam proses pengampunan tersebut, terus membisu.

Dan menteri yang bertanggungjawab dalam undang-undang, yang datangnya dari UMNO, Azalina Othman, juga dilihat membisu dalam isu tersebut.

Penulis memahami kesukaran Azalina untuk membuat sebarang kenyataan mengenai isu tersebut kerana beliau adalah menteri kabinet.

Tentu sukar untuk Azalina memberikan kenyataan atas kapasiti beliau sebagai Menteri Undang Undang & Reformasi Institusi.



Tetapi sekiranya Azalina masih lagi memegang prinsip Kedaulatan Undang Undang dan Keluhuran Perlembagaan, maka PAU 2024 beliau mesti tampil memberikan penjelasan.

Di dalam PAU 2024, beliau tidak bercakap atas kapasiti jawatan beliau di dalam kerajaan.

Tetapi beliau akan bercakap atas kapasiti beliau sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Dan akar umbi UMNO di seluruh Malaysia mahukan penjelasan sama ada titah tersebut wujud atau pun tidak.



Sekiranya tidak wujud, maka adakah Presiden UMNO dan Naib Presiden UMNO memfailkan afidavit palsu kepada mahkamah?

Tidak mungkin.

Sebagai Ketua Penerangan UMNO, Azalina mesti pertahankan institusi presiden UMNO.

Tidak mungkin beliau sanggup melihat presiden UMNO dituduh sebagai seorang yang menipu mahkamah.



 

Sekiranya Kerajaan Enggan Menjelaskan Pendirian Mengenai Kewujudan Titah Adendum, Azalina Harus Menjelaskannya Dalam PAU 2024

 

Di Syorkan Untuk Anda:

 

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button