Suami isteri halang anak masuk rumah ditahan polis

Oleh – Syeikh Baran


Suami isteri halang anak masuk rumah ditahan polis
Keadaan remaja yang terpaksa tidur di kaki lima selepas kedua ibu bapa tidak membenarkannya memasuki rumah.

Sepasang suami isteri ditahan polis kerana menghalang anak lelaki mereka daripada memasuki rumah sehingga terpaksa tidur di kaki lima perumahan flat keluarga berkenaan di Pasir Gudang, di sini, malam semalam.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Mohd. Sohaimi Ishak berkata, pasangan suami isteri berusia 54 dan 56 tahun itu didapati telah mengabaikan anak mereka berusia 13 tahun sejak 7 Julai lalu.



Sehubungan itu katanya, suami isteri warga tempatan berkenaan telah ditahan reman selama lima hari bermula hari ini.

“Polis yang menjalankan siasatan berhubung kejadian itu bertindak menyelamatkan kanak-kanak tersebut kelmarin, setelah mengesan video tular berhubung perkara itu.

“Semakan lampau mendapati suspek lelaki mempunyai rekod jenayah lampau, namun ujian air kencing kedua-dua suspek adalah negatif,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button