Tingkat pindahan ilmu melalui UMMI

Tingkat pindahan ilmu melalui UMMI

Tingkat pindahan ilmu melalui UMMI
DR Mohammed Azman (kanan) mewakili Perkeso menandatangani MoU manakala Usim diwakili Dr Sharifudin.

Nilai: Pertubuhan Keselamatan Pekerja dan Sosial (Perkeso) menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Universiti Sains Islam Malaysia (Usim) dalam usaha meningkatkan perkongsian ilmu melalui kepakaran institusi pendidikan berkenaan.

Antara fokus utama Perkeso menerusi kerjasama itu adalah dalam mendepani isu dan cabaran pekerja berstatus orang kurang upaya (OKU) terutama menerusi Pusat Penyelidikan Ibnu Ummi Maktum (UMMI) di Usim.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Perkeso, Datuk Sri Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, projek pertama hasil kerjasama dua agensi berkenaan adalah transkripsi risalah Return To Work (RTW) Perkeso ke tulisan Braille.



“Hakikat yang perlu diakui, ramai OKU disisih daripada masyarakat, khususnya apabila berdepan kesukaran mendapat tempat dalam pasaran kerja.

“Ada juga yang menjadi OKU akibat bencana kerja atau terbabit dalam nahas ketika dalam perjalanan ke tempat kerja. Kehidupan mereka berubah 180 darjah atau 360 darjah,” katanya pada majlis menandatangani MoU antara Perkeso dan Usim, semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?



Usim diwakili Naib Canselornya, Profesor Datuk Ts Dr Sharifudin Md Shaarani.

Katanya, Perkeso dan Usim mempunyai matlamat sama untuk membantu golongan OKU bagi mendapatkan kesaksamaan hak serta peluang seperti anggota masyarakat lain.

“Di pihak Usim dibuktikan melalui penubuhan UMMI, manakala Perkeso pula, kami giat merencana bantuan kepada OKU menerusi program RTW.

“Kerjasama ini membawa kepada penghasilan risalah RTW dalam terjemahan Braille yang diyakini mampu membantu penempatan OKU dalam pasaran kerja, sekali gus memacu sosioekonomi mereka,” katanya.



Sementara itu, Sharifudin berkata, kerjasama erat kedua-dua institusi ini membuka peluang baharu bagi perkongsian dalam bidang pemerkasaan latihan dan penyelidikan khususnya bagi komuniti OKU.

“Antara inisiatif yang disepakati adalah meningkatkan sinergi dan pemindahan ilmu melalui kepakaran inklusif UMMI dalam mendepani isu dan cabaran pekerja OKU.

“MoU ini juga akan meningkatkan ketersediaan dan kebolehpasaran pencari kerja dengan menggalakkan pendaftaran di Portal MYFutureJobs,” katanya.

Tingkat pindahan ilmu melalui UMMI

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Sekiranya Kerajaan Enggan Menjelaskan Pendirian Mengenai Kewujudan Titah Adendum, Azalina Harus Menjelaskannya Dalam PAU 2024



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button