Euro 2024: Marah Belanda masih belum reda

Euro 2024: Marah Belanda masih belum reda

Euro 2024: Marah Belanda masih belum reda
ZWAYER melakukan beberapa keputusan kontroversi sehingga dianggap mengadili perlawanan antara Belanda dan England secara berat sebelah. – AFP

BERLIN – Legenda Belanda, Pierre Van Hooijdonk mahu pengadil aksi separuh akhir menentang England, Felix Zwayer disenarai hitam selepas didakwa gagal melakukan tugasnya dengan lebih adil.

Komen Van Hooijdonk terus membangkitkan persoalan terhadap kualiti Zwayer selepas kapten Belada, Virgil Van Dijk turut menyelar pengadil berkenaan selepas enggan ‘buka mulut’ dengan pemain The Oranje sejurus tamat perlawanan.

“England boleh berterima kasih kepada Felix Zwayer dan dia patut disenaraihitamkan,” katanya.



Sebelum itu, van Dijk turut menganggap keputusan berat sebelah Zwayer menjadi faktor utama kegagalannya pasukannya mara ke final selepas tewas 1-2 kepada England.

Malah, pengendali The Oranje, Ronald Koeman juga turut mengkritik pengadil bertugas dan mendakwa bola sepak sudah pun musnah hanya kerana keputusan Zwayer.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?




Seorang lagi legenda Belanda, Rafael Van der Vaart melabel England sebagai pasukan yang agak teruk walaupun berjaya mara ke final Euro 2024.

“Mereka agak perlawanan dan sudah tidak mahu lakukan apa-apa. Mungkin saya sedikit beremosi, namun masih ada banyak lagi yang boleh diperkatakan.

“Sukar untuk dipercayai untuk melihat ada pasukan seperti ini di peringkat separuh akhir. Saya fikir mereka hanya bermain baik untuk tempoh setengah jam,” jelasnya. – AGENSI

Euro 2024: Marah Belanda masih belum reda

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Krisis kepimpinan Perikatan Nasional semakin parah.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button