Ibu Aliff Aziz Beri ‘Hint’ Mahu Anak Hanya Fokus Nyanyian? [VIDEO]

“Move On & Buat Apa Yang Anda Suka…”

Ibu Aliff Aziz Beri ‘Hint’ Mahu Anak Hanya Fokus Nyanyian? [VIDEO]

Ibu Aliff Aziz Beri ‘Hint’ Mahu Anak Hanya Fokus Nyanyian? [VIDEO]

Ibu kepada pelakon dan penyanyi, Aliff Aziz iaitu Siti Hafiza Basharahil dilihat berkongsi momen anak lelakinya sedang menyanyikan lagu Dawai di kediaman mereka baru-baru ini.

Menerusi video yang dimuatnaik oleh Siti Hafiza, dia menitipkan rasa syukur terhadap anak lelakinya yang tidak berniat jahat terhadap orang lain biarpun biarpun mendapat pelbagai kecaman.



“MasyaAllah Alhamdulillah Tabarakallah, semoga Allah memberkati kamu dengan mempermudahkan urusan kamu anak lelakiku Alif Aziz.

Kamu tidak sempurna. Walaupun kamu banyak melakukan kesilapan, kamu tidak mempunyai niat buruk terhadap sesiapapun. Syukur.”-tulis Hafiza

Tambahnya lagi, Hafiza turut memberikan pesanan buat Aliff untuk tidak lagi menoleh ke belakang dan melakukan apa sahaja apa yang disukainya sejak muda iaitu minat dalam nyanyian.

“Move on dan lakukan apa yang buat kamu gembira sejak muda..Minat untuk menyanyi. Jangan toleh belakang tetapi terus melangkah ke hadapan dengan rahmat Allah. Aamin Aamin Allahumma Aamin 🤲❤️.”-kongsi Hafiza





Sekadar info, Aliff Aziz pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Bella Astillah pada 9 September 2016 sebelum sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 13 Jun lalu. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Ayden Adrean dan Ara Adreanna.

Pasangan ini pernah bercerai pada 16 Mei 2019 selepas Aliff beberapa kali ‘kantoi’ curang namun kembali rujuk ketika dalam tempoh iddah.

Ibu Aliff Aziz Beri ‘Hint’ Mahu Anak Hanya Fokus Nyanyian? [VIDEO]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button