Jiran sangka SUV rosak, rupanya ada mayat kembung

Oleh – Syeikh Baran


Jiran sangka SUV rosak, rupanya ada mayat kembung
Mayat dua wanita ditemui sudah berbau dan kembung dalam kereta jenis Honda WRV di Taman Sri Rambai, kelmarin.

Seorang lelaki tidak menduga kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Honda WRV yang disangka rosak di Jalan Tembikai, Bukit Mertajam di sini, rupanya mengandungi mayat dua wanita yang telah mati sejak lima hari lalu.

Lim, 43, berkata, SUV itu di­letakkan di tepi jalan depan pintu pagar rumahnya yang menjadi laluan keluar masuk penduduk di situ.



“Saya ingatkan kereta jiran rosak dan diletakkan di situ sejak tiga atau empat hari lalu dan saya pun tidak memeriksanya.

“Jarak dengan rumah saya kira-kira empat meter dan saya tidak syak apa-apa sebab saya selalu kerja luar dan bukannya di kawasan ini sahaja,” katanya kepada Kosmo!.

Menurut Lim, dia hanya tahu ada orang mati di dalam SUV itu apabila melihat polis dan orang ramai berkerumun sebaik pulang dari kerja malam kelmarin.

“Saya terkejut apabila dimaklumkan ada mayat dua wanita yang sudah kembung. Ada jiran mendakwa mereka mula terhidu bau busuk dari arah kereta itu petang kelmarin dan melibat air meleleh di pintu dari dalam kereta,” katanya.

Ujar Lim, dia tidak sangka kejadian itu berlaku di situ kerana lokasi perumahan tersebut memang sentiasa sunyi.



Sumber – KOSMO! ONLINE

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button