Olimpik Paris: Aaron-Wooi Yik harapan lunas impian

Olimpik Paris: Aaron-Wooi Yik harapan lunas impian

Olimpik Paris: Aaron-Wooi Yik harapan lunas impian
AARON-Wooi Yik semakin hampir mencapai tahap terbaik menjelang aksi Olimpik untuk menyempurnakan impian negara meraih pingat emas pertama.

SEJAK kembali ke pangkuan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada Disember 2020, pentas temasya Sukan Olimpik sentiasa bermain di minda jurulatih skuad beregu lelaki kebangsaan, Tan Bin Shen.

Impiannya itu kini tercapai selepas beliau berjaya membimbing pasangan No.1 negara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik ke Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirainya secara rasmi bermula 26 Julai hingga 11 Ogos depan.

Sentuhan bekas pemain beregu lelaki kebangsaan itu pastinya akan terus ditagih bagi membantu Aaron-Wooi Yik untuk merealisasikan hasrat Malaysia bagi meraih pingat emas pertama di Olimpik nanti.



Justeru, Bin Shen menyuarakan hasratnya untuk membantu pasangan negara itu untuk meraih emas Olimpik memandangkan sebelum ini beliau pernah mengemudi Aaron-Wooi Yik muncul sebagai juara dunia dua tahun lalu.

“Berhubung perasaan saya (ke Olimpik), ini adalah salah satu impian saya juga sejak masuk BAM. Memang hasrat saya adalah untuk membantu pemain-pemain melayakkan diri beraksi di pentas Olimpik.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?




“Bagi saya, ini bukanlah satu tekanan, cuma harapan untuk mencapai sesuatu yang lebih besar (juara Olimpik). Saya juga harap boleh dapat apa yang dimahukan sebagai jurulatih,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia (ABM), Bukit Kiara semalam.

Sejak Bin Shen dibawa masuk ke BAM, prestasi Aaron-Wooi Yik boleh dikatakan menunjukkan peningkatan ketara apabila muncul sebagai juara dunia pada 2022 selain dianggap antara pemain negara yang paling konsisten setakat ini.

Dalam pada itu, beliau turut menganggap prestasi beregu No. 5 dunia itu sudah semakin hampir ke tahap sebenar jika mengambil kira aksi ditampilkan Aaron-Wooi Yik dalam perlawanan simulasi.

“Persiapan pada ketika ini semuanya bagus dan kita ada masa (latihan) seminggu lagi di sana (Paris) nanti. Setakat ini, boleh dikatakan prestasi mereka berada pada tahap 80 hingga 90 peratus,” ujar Bin Shen.



Olimpik Paris: Aaron-Wooi Yik harapan lunas impian

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Krisis kepimpinan Perikatan Nasional semakin parah.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button