Penduduk mahu dalang judi online kena tindakan

Oleh – Syeikh Baran


Penduduk mahu dalang judi online kena tindakan
ABDUL YUNUS (kanan) selepas membuat laporan polis di IPD Kerian pagi tadi.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuala Kurau, Datuk Abdul Yunus Jamahri membuat satu laporan polis berkenaan beberapa premis perniagaan didakwa menjalankan operasi judi secara online secara terbuka di Tanjung Piandang.

Abdul Yunus berkata, pihaknya telah menerima beberapa aduan daripada rakyat di kawasannya berhubung aktiviti tersebut.



“Berdasarkan aduan daripada penduduk setempat, saya telah datang ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kerian untuk membuat laporan polis.

“Tujuan laporan dibuat supaya pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dapat segera mengambil tindakan tegas dengan menyiasat dan menangkap dalang yang terlibat dalam kegiatan tersebut,” katanya selepas membuat laporan polis pagi tadi.

Beliau mendakwa, beberapa premis aktif yang menjalankan kegiatan itu kebanyakannya berselindung di atas perniagaan kedai ‘mini market’ yang beroperasi 24 jam dan ada juga premis berselindung di bawah pelbagai jenis perniagaan bagi mengelaburi pihak berkuasa.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button