Liga Super: Giliran Sabah jadi mangsa amukan JDT

Liga Super: Giliran Sabah jadi mangsa amukan JDT

Liga Super: Giliran Sabah jadi mangsa amukan JDT
BINTANG import JDT, Bergson da Silva (kanan) turut memahat namanya selaku penjaring ketika menyempurnakan sepakan penalti di hujung permainan – MFL

KOTA KINABALU – Dominasi Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan awal Liga Super nyata sukar digugat apabila memperoleh kemenangan kelima dengan menewaskan Sabah 3-1 di Stadium Likas, sebentar tadi.

Pada perlawanan itu, pemain naturalisasi negara, Romel Morales terus mengganas apabila menyumbangkan dua gol awal Harimau Selatan.

Selepas hilang beberapa tonggak utama, Sabah terpaksa ambil pendekatan bertahan dan merelakan JDT lebih menguasai permainan.



Morales yang menghasilkan tiga gol dalam dua aksi suku akhir Piala FA sebelum ini terus pamer ketajaman untuk meletakkan JDT di depan pada minit ke-21.

Walaupun tuan rumah cuba mengimbangi kualiti pelawat, minit ke-44 Morales sekali lagi pamerkan sentuhan emasnya apabila meledak gol kedua perlawanan.

Empat minit selepas aksi bersambung, Sabah memperoleh sepakan penalti dan kesempatan itu berjaya dimanfaatkan oleh Gabriel Peres.

Bagaimanapun jaringan itu langsung tidak beri kesan besar buat JDT yang kekal menguasai permainan sekaligus memaksa Sabah terus bekerja keras untuk pertahankan gawang daripada bolos buat kali ketiga.



Ketika aksi hampir berakhir 2-1, giliran JDT dihadiahkan sepakan penalti dan peluang pada masa tambahan berjaya disempurnakan dengan baik oleh Bergson da Silva. – KOSMO! ONLINE

Liga Super: Giliran Sabah jadi mangsa amukan JDT

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Krisis kepimpinan Perikatan Nasional semakin parah.



 

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button