Southgate yakin karakter pemain

Southgate yakin karakter pemain

Southgate yakin karakter pemain
SOUTHGATE mengakui kekalahan pada aksi final edisi lalu memberi pengajaran yang berguna untuk England berdepan pentas perlawanan akhir kali ini. – AFP

BERLIN – Ketua Jurulatih England, Gareth Southgate yakin pasukannya memiliki cukup karakter dan mengetahui cara untuk beraksi dengan taktikal sempurna dalam usaha memburu kejuaraan Euro 2024 dengan menewaskan Sepanyol pada aksi final awal pagi esok.

Pengendali berusia 53 tahun itu mengakui bimbang dengan tempoh rehat yang kurang para pemainnya berbanding Sepanyol, namun percaya mereka tugas mereka kali ini lebih mencabar biarpun pernah beraksi di final pada edisi lalu di tempat sendiri.

Jelasnya, kekalahan kepada Itali pada aksi di Wembley tiga tahun lalu adalah pengajaran yang cukup berharga, tetapi enggan menganggap Sepanyol pasukan yang lemah kerana kekurangan pengalaman tersebut.



“Mereka telah memenangi beberapa trofi. Mereka memiliki kekuatan dan semangat yang luar biasa. Kami perlu turun dengan memberikan aksi sempurna untuk memenangi perlawanan ini dan memberikan semua yang kami ada.

“Kami mempunyai ramai pemain yang beraksi dalam banyak perlawanan besar, jadi mereka tahu apa yang diperlukan pada perlawanan itu nanti. Bagi tempoh beberapa hari lalu, kami telah membuat persiapan yang lengkap untuk berdepan perlawanan ini,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?




Tambahnya, peluang untuk menewaskan Sepanyol sentiasa menjadi perkara yang sukar, namun berharap semangat England ketika meraih kemenangan ke atas Belanda menerusi jaringan Ollie Watkins akan terus kekal untuk mereka meraih kejuaraan pertama sejak 1966.

“Jelas mereka adalah pasukan pilihan selepas apa yang dipamerkan sepanjang kejohanan kali ini. Dari aspek taktikal saya fikir kami juga mampu mengimbangi kelebihan yang ada pada Sepanyol.

“Para pemain England sudah menunjukkan semangat dan sikap kebersamaan. Ollie dalam keadaan sangat bersedia, dia menjalani latihan penuh semangat dan tidak pernah rasa kecewa biarpun tidak banyak diberikan peluang beraksi.

“Ini adalah kelebihan dan kekuatan yang ada pada pasukan ini apabila barisan pemain simpanan juga mampu untuk masuk dan memberikan impak. Mereka sentiasa menantikan peluang dan memberikan perkara luar biasa apabila diberikan peluang,” ujarnya.



Mengulas mengenai pengalaman dikecam dan dibaling botol plastik ketika England terikat menentang Slovenia pada aksi peringkat kumpulan, Southgate mengakui tetap menghargai jasa para peminat yang kekal memberikan sokongan.

“Saya sangat gembira dengan apa yang telah diberikan oleh para penyokong. Mereka sangat luar biasa. Apabila mereka semua berada di belakang pasukan, sokongan padu itu memberikan tenaga yang luar biasa untuk para pemain,” jelas Southgate. – AGENSI

Southgate yakin karakter pemain

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Krisis kepimpinan Perikatan Nasional semakin parah.

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button