Aisyah mahu buktikan bukan ‘cap ayam’

Aisyah mahu buktikan bukan ‘cap ayam’

Aisyah mahu buktikan bukan ‘cap ayam’
AISYAH kini sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana di Eropah dalam persediaan ke Olimpik Paris bulan ini.

ATLET berbasikal lebuh raya wanita negara, Nur Aisyah Mohamad Zubir sudah berada pada prestasi terbaik bagi menggalas cabaran pada temasya Sukan Olimpik Paris 2024 yang dijadualkan membuka tirainya 26 Julai ini.

Selepas mengalami kemalangan kecil pada 12 Jun lalu, pelumba berusia 27 tahun itu bangkit dengan lebih gagah apabila mencatatkan keputusan membanggakan dalam beberapa perlumbaan yang disertai di Eropah.

Jurulatihnya, Amir Mustafa Rusli menjelaskan, anak buahnya itu berada dalam kondisi terbaik ketika ini selain sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana di Eropah sebelum berdepan ujian sebenar di Paris nanti.



Katanya, Aisyah berjaya memberikan cabaran kepada pelumba-pelumba di sana selain mampu menjejakkan kaki ke podium biarpun ramai menganggap pelumba Asia sukar memberikan cabaran.

Aisyah mahu buktikan bukan ‘cap ayam’
AISYAH berjaya meraih kedudukan keempat dalam satu perlumbaan di Belgium baru-baru ini. – FB NUR AISYAH MOHAMAD ZUBIR

“Berhubung kemalangan yang menimpa Aisyah, itu memang benar tetapi itu pada minggu pertama lagi iaitu 12 Jun lalu. Sekarang dia memang tidak ada sebarang masalah dan sudah bersedia sepenuhnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Sampai Bila Politikus Mahu Hidangkan Cerita Politik Yang Membosankan Kepada Rakyat?




“Bagi saya, prestasinya sekarang berada pada tahap terbaik di mana dia mampu bersaing dengan pelumba-pelumba Eropah dan berada di podium. Biasanya orang Asia berdepan kesukaran apabila datang berlumba di sini,” katanya.

Tambah Amir, antara saingan yang paling menunjukkan potensi Aisyah adalah ketika dia menamatkan satu perlumbaan di Belgium di kedudukan keempat biarpun berdepan cabaran pelumba-pelumba profesional.

Sebelum itu, Aisyah juga mempamerkan kayuhan bertenaga ketika menamatkan perlumbaan di Belanda di kedudukan kedua sekali gus memberi gambaran dia sudah dapat menyesuaikan diri dengan suasana Eropah.

“Perlumbaan-perlumbaan di sini penting untuk dia menyesuaikan diri. Bagaimanapun, perlumbaan paling mencabar untuknya adalah di Belgium apabila ramai pelumba profesional turut serta tetapi dia berjaya menamatkan saingan di tempat keempat,” ujar Amir.



 

Aisyah mahu buktikan bukan ‘cap ayam’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Krisis kepimpinan Perikatan Nasional semakin parah.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button