Bomba selamatkan ‘oyen’ dalam kemalangan jalan raya

Oleh – Syeikh Baran


Bomba selamatkan ‘oyen’ dalam kemalangan jalan raya
Kucing yang diselamatkam anggota bomba dan APM dalam kejadian semalam.

Tugas anggota bomba bukan sahaja tertumpu kepada kerja-kerja pemadaman api dan kemalangan melibatkan nyawa manusia, malah juga terhadap haiwan.

Menerusi perkongsian pengguna TikTok @tilawhb semalam, ketika dia dan suaminya dalam perjalanan ke sebuah pusat perubatan, secara kebetulan mereka berdua ternampak seekor kucing terlibat dalam kemalangan.



“Nak dijadikan cerita pagi tadi (semalam) waktu dalam perjalanan untuk pemeriksaan, jumpa kucing kena langgar.

“Disebabkan panik, dia lari masuk ke dalam enjin kereta aunty (mak cik) Axia. Sesi pujuk memujuk tidak berjaya, kucing itu dalam ketakutan jadi untuk mengelakkan berlari semula ke tengah jalan suami menghubungi bomba untuk keluarkannya.

“Kebetulan waktu kejadian ada rezeki doktor klinik veterinar (naik Iriz). Lepas bomba dan APM (Angkatan Pertahanan Awam Malaysia) berjaya keluarkan kucing, terus doktor bawa ke klinik. Semoga si comel tu sihat dan tiada mengalami kecederaan serius,” katanya.

Menerusi hantaran sama, wanita itu turut menitipkan ucapan terima kasih kepada anggota bomba dan APM kerana bertindak pantas membantu menyelamatkan kucing terbabit.



Difahamkan, haiwan itu mengalami luka di beberapa anggota badannya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button