Fattah Amin Dapat Layanan Istimewa Oleh Fazura
Ini Komen Fadzil Zahari Mengenainya
Fattah Amin Dapat Layanan Istimewa Oleh Fazura
Sebelum ini pelakon Fattah Amin mengaku masih mendapat layanan istimewa daripada isteri, Nur Fazura biarpun sudah tujuh tahun mendirikan rumah tangga.
Fazura Sentiasa Memberikan Yang Terbaik
Fattah berkata, Fazura ikhlas dalam menjalankan segala hal tanpa mengharapkan apa-apa balasan.
Sudah tujuh tahun dengan dia. Saya memang sangat sayangkannya kerana dia suka menghargai suami. Bukan saya sahaja tetapi orang sekelilingnya.
Perkongsian Fattah itu sekali gus menghentikan segala spekulasi yang mendakwa rumah tangga dan hubungan mereka dilanda masalah sejak kebelakangan ini.
Menurut Fattah, Fazura sentiasa memberikan yang terbaik buat keluarganya termasuk menguruskan perniagaan dan membesarkan anak perempuannya, Nur Fatima Aisya.
Kalau makan pun dia tidak pernah biarkan saya senduk nasi atau tuang air sendiri. Itu yang buatkan saya rasa dia ‘one in a million’ (satu dalam sejuta).
Saya sangat bertuah memiliki Fazura sebagai isteri. Dia buat sesuatu lebih daripada apa sepatutnya. Itu yang buatkan saya hargai.
Fadzil Zahari Turut Memuji
Dalam Instagram Story Fadzil, dia turut bersyukur dengan cara yang dinyatakan oleh Fattah dan memuji dengan menyatakan tindakan yang dilakukan oleh pasangan ini adalah sesuatu yang bagus.
Alhamdulillah…. baguslah tu…
Sekadar rekod, Fazura dan Fattah mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Nur Fatima Aisya yang berusia tiga tahun.
Fattah Amin Dapat Layanan Istimewa Oleh Fazura
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendirian Mengenai Kewujudan Titah Adendum, Azalina Harus Menjelaskannya Dalam PAU 2024
- Masih Adakah Pemimpin UMNO Yang Sudi Perjuangkan Keadilan Untuk DS Najib?
- Hubungan PAS Dan Gerakan Kembali Tegang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :