Gelagat Che Ta Membebel Apabila Aaisyah Makan Petai Cetus Perhatian! [VIDEO]
“Anak Dara Tak Boleh Makan!”
Gelagat Che Ta Membebel Apabila Aaisyah Makan Petai Cetus Perhatian! [VIDEO]
Siapa yang tidak mengenali anak kepada pasangan selebriti Malaysia ini, Aaisyah Dhia Rana merupakan anak kepada Zain Saidin dan Rozita Abu bakar atau lebih dikenali sebagai Rozita Che Wan atau Che Ta.
Che Ta merupakan seorang pelakon, pengacara dan penerbit di Malaysia. Che Ta cukup terkenal dalam drama bersiri Komedi ‘Kiah Perkasam’ yang pernah menjadi fenomena suatu ketika dahulu.
Che Ta kini sering aktif di media sosial miliknya terutamanya mengenai perniagaan serta mengenai gelagat lucu anak daranya itu Aaisyah Dhia Rana. Aaisyah sering mendapat perhatian ramai kerana bukan sahaja dia merupakan anak kepada selebriti malah kerana rupa parasnya yang menawan serta perangainya yang masuk air.
“Zaman Dulu Tak Bagi Makan Sebab Takut Kencing Berbau”-Netizen
Baru-baru ini, tular satu video yang dimuat naik di laman media sosial tiktok milik Che Ta yang peroleh perhatian ramai. Video berkenaan, kini meraih jumlah tontonan sebanyak 1.5 juta, tanda suka sebanyak 62 ribu dan sebanyak 1,409 komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan Aaisyah yang dibebel oleh Che Ta kerana memakan petai. Kata Che Ta, semasa zaman anak daranya dulu, dia tidak dibenarkan untuk memakan petai namun berbeza dengan anak dara zaman sekarang.
@rozitachewan1
Adoiiiiiiii! Bdk2 zaman laaa bkn setakat petai , buah genuak , jeqing semua dia sapu … bkn dia dgr ckp kita ! . #aaisyahdhiarana #petai #cheta #rcw #rozitachewan
Rata-rata netizen terhibur melihat video tersebut. Pada ruangan komen, mereka juga menanyakan mengapa anak dara tidak dibenarkan untuk memakan petai sedangkan ia sangat sedap.
Apa-apa pun, semoga kita semua diberikan rezeki yang melimpah ruah serta keberkatan hidup di dunia dan juga di akhirat. Apa kata anda?
Gelagat Che Ta Membebel Apabila Aaisyah Makan Petai Cetus Perhatian! [VIDEO]
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pendirian Mengenai Kewujudan Titah Adendum, Azalina Harus Menjelaskannya Dalam PAU 2024
- Masih Adakah Pemimpin UMNO Yang Sudi Perjuangkan Keadilan Untuk DS Najib?
- Hubungan PAS Dan Gerakan Kembali Tegang
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :