Ibu, bapa tiri dera dua beradik direman 6 hari

Oleh – Syeikh Baran


Ibu, bapa tiri dera dua beradik direman 6 hari
Pasangan suami isteri (dua dari kanan dan dua dari kiri) direman enam hari bagi membantu siasatan kes dera dua anak mereka di Mahkamah Majistret Kemaman hari ini.

Sepasang suami isteri ditahan reman selama enam hari sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan kes mendera dua anak mereka berusia enam dan tujuh tahun

Perintah reman itu dibenarkan Majistret Sharifah Amirda Shasha Amir Sharifuddin di Mahkamah Majistret di sini hari ini.



Ketua Polis Daerah Kemaman, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, wanita berusia 26 tahun dan suaminya 30 tahun ditangkap di Jalan Jabur Kubur, Chukai di sini pada pukul 8 malam semalam.

Beliau berkata, suspek lelaki merupakan bapa tiri mangsa, manakala isterinya pula ibu kandung mereka.

“Pemeriksaan mendapati badan dua mangsa penuh dengan kesan kecederaan lama dan baharu disyaki didera. Mereka telah dihantar ke Hospital Kemaman semalam untuk menerima rawatan,” katanya.

Sumber – KOSMO! ONLINE



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button